Dua lagi mangsa kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan projek Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan penyelamat awal pagi Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Moktar berkata, mayat dikesan ketika pemantauan dibuat di permukaan runtuhan tanah di lokasi kejadian.

Mangsa warga Indonesia itu dikeluarkan pada 11:30 malam Sabtu dan 2:30 pagi Ahad dan dikenali sebagai Hosrin dan Erwin.

Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Sehingga jam 3.30 pagi, pasukan penyelamat yang terdiri daripada pasukan khas bomba STORM, SMART dan unit anjing pengesan (K9) meneruskan pencarian untuk baki sembilan mangsa tertimbus.

BACA: Tanah runtuh: 3 maut, 11 yang lain dikhuatiri tertimbus

BACA:
Tanah Runtuh Tanjung Bungah: Apa yang kita tahu setakat ini?

BACA: Tanah runtuh: PM Najib zahir rasa sedih, harap misi SAR berjalan lancar

BACA: Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerja-kerja mencari dan menyelamat ditangguhkan


Mereka terdiri daripada lapan warga asing dan seorang rakyat tempatan.

Setakat ini, lima mangsa telah ditemui dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) akan bersambung semula jam 8 pagi Ahad.