GEORGE TOWN:Polis Pulau Pinang mengesahkan pergerakan membawa arca Dewa Murugan di atas pedati perak yang dilakukan awal pagi semalam, sempena sambutan Thaipusam di negeri itu telah mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak menjaga keamanan bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku sepanjang pergerakan ke Kuil Nattukottai Chettiar, di Jalan Air Terjun di sini.
"Sebenarnya bukan perarakan tapi pergerakan pedati dan ia juga telah diluluskan oleh MKN, jadi PDRM seperti biasa bertugas untuk menjaga keamanan bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang pergerakan tersebut.
"Selain itu kami juga memastikan tiada gangguan trafik sepanjang pergerakan pedati berkenaan, pergerakan yang bermula 3.30 pagi tadi itu berjalan lancar dan baik, tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang tempoh tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Katanya pergerakan pedati itu menggunakan laluan sejauh tujuh kilometer iaitu lebih dekat berbanding tahun sebelumnya sembilan kilometer dan ia bermula dari Lebuh Penang, Lebuh Chulia, Jalan Transfer, Jalan Burma, Jalan Anson, Jalan Macalister secara melawan arus seterusnya ke Jalan Utama sebelum tiba di Jalan Kebun Bunga dan Kuil Nattukottai Chettiar.
Sahabudin berkata bagi pergerakan balik pada Jumaat ini ke Kuil Kovil Veedu, Lebuh Penang di sini, pedati perak itu akan menggunakan laluan yang sama dengan mengikut kesesuaian jalan dan diawasi pihak polis sepanjang perjalanan tersebut serta tidak akan berhenti di mana-mana seperti ketika pergerakan pergi.
BACA: Thaipusam: Pulau Pinang tetap tidak benarkan perarakan pedati
BACA: Thaipusam: Pedati tidak boleh berhenti, pengikut tidak lebih 10 orang, tiada muzik
BACA: COVID-19: Pulau Pinang mungkin batal perarakan pedati sempena Thaipusam
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak berkumpul atau mengekori pergerakan pedati perak itu ketika perjalanan balik ke Lebuh Penang dan mereka boleh dikenakan kompaun jika ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan itu.
"Kami telah memaklumkan kepada penganjur iaitu tidak membenarkan orang ramai berkumpul dan hanya 10 petugas sahaja boleh mengiringi pedati tersebut, pagi tadi pengurusan kuil mematuhi SOP ketat yang telah ditetapkan itu.
"Ini bukanlah perarakan Thaipusam seperti biasa tetapi hanyalah pergerakan pedati yang perlu mematuhi SOP yang ketat. Orang ramai tidak perlu berada di kawasan kuil dan sepanjang laluan pergerakan pedati itu, mereka boleh sembahyang di kediaman masing-masing," katanya.
Perarakan membawa arca Dewa Murugan di atas pedati perak dilakukan awal pagi semalam, sempena sambutan Thaipusam dengan mengikut SOP yang ketat untuk sampai ke Kuil Nattukottai Chettiar, di Jalan Air Terjun.
Pedati itu bergerak dari Kuil Kovil Veedu, pada 3.30 pagi ditarik dua ekor lembu dan diiringi 10 petugas kebanyakannya pegawai kuil dan tiba di Jalan Air Terjun kira-kira 5.45 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021
Pedati perak yang berusia lebih 100 tahun yang membawa arca Dewa Murugan melalui Jalan Transfer semasa mengadakan perarakan sejauh 7 kilometer di George Town, 27 Jan, 2021. --fotoBERNAMA
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Polis terima notis perarakan WMMY
Pihak polis telah menerima notis perarakan wanita Womens March Malaysia (WMMY) 2024 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada hari sabtu ini.
41 persimpangan jalan ditutup sempena Sambutan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping
Penutupan persimpangan jalan tersebut akan bermula jam 6 petang dan dijangka tamat 10.30 malam.
Himpunan Selamatkan Malaysia: Lebih 2,000 peserta berarak ke IPD Dang Wangi buat laporan
Lebih 2,000 individu berbaju putih mula berarak dari kawasan Masjid Jamek Kampung Baru bagi menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia, pada Sabtu.
Hari Kebangsaan: Abang bomba tetap jadi perhatian, bawa plakad buat penonton 'merah pipi'
Kontinjen ini menerima sorakan paling gemuruh penonton yang menyaksikan secara langsung di Dataran Putrajaya.
12 tahun Tazar abadikan rasa cinta negara, hias kereta, laman dengan Jalur Gemilang
Tazar berkata, minatnya menghias kereta dengan lebih 100 bendera Malaysia sempena sambutan Hari Merdeka bermula sejak dia berusia 30-an.
Perarakan guna simbol Islam undang persepsi, kegelisahan rakyat - Menteri
Program perhimpunan sekumpulan pemuda yang turut membabitkan perarakan menggunakan simbol keagamaan telah mengundang pelbagai persepsi dan mencetuskan kegelisahan dalam kalangan masyarakat.
Pemuda Pas Terengganu sedia beri kerjasama siasatan perarakan bawa replika senjata
Pemuda Pas Terengganu bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya pihak berkuasa menyiasat program Himpit 2023.
PRU15: Tiada perarakan meraikan kemenangan dibenarkan di Kedah - Polis
Semua penyokong parti diingatkan agar tidak terbabit dalam sebarang perarakan bagi meraikan kemenangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terutama di jalan awam.
Nelayan berarak di laut semarakkan Hari Kebangsaan
Sebanyak 40 sampan nelayan mengadakan perarakan mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar perairan Jeti Sungai Gelugor ke Pulau Kazambo berhampiran Jambatan Pulau Pinang.
Singapura sambut Hari Kebangsaan ke-57 dengan perarakan fizikal berskala besar
Sambutan Hari Kebangsaan Singapura ke 57 yang diadakan secara fizikal berlangsung dengan acara Perbarisan dan Perarakan Istiadat berskala besar di Pentas Terapung Marina Bay, hari ini.