Batu Caves yang menampilkan wajah baharu dijangka menarik lebih 1.6 juta penganut Hindu dan pelancong bersempena sambutan ke-233 tahun perayaan Thaipusam pada Isnin ini.
Pemegang Amanah Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam Batu Caves Datuk Dr A.T. Kumararajah berkata tahun ini kedatangan penganut dan pengunjung akan disambut dengan keindahan pelbagai warna yang menghiasi 272 anak tangga ke gua batu kapur itu.
"Sebaik kesemua anak tangga itu siap dicat dengan pelbagai warna pada 31 Ogos lepas, kedatangan pengunjung ke Batu Caves berganda setiap hari. Ternyata keputusan mengecat tangga itu tepat serta menerima maklum balas positif daripada umum.
"Malah pembaharuan itu kini menjadi faktor tarikan orang ramai yang teruja ingin merakam foto pemandangan yang unik dan indah itu khususnya pada Thaipusam pada kali ini," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program rakaman rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, di sini.
Menurutnya sebelum ini anak tangga tersebut hanya berwarna merah dan putih.
Kumararajah berkata pihak pengurusan kuil memutuskan untuk mengecat kesemua anak tangga berkenaan dengan tujuh warna iaitu merah, hijau, biru, kuning, jingga, putih dan indigo agar suasana lebih ceria dan sedikit berbeza berbanding sebelumnya.
"Tiada perancangan atau bajet khas bagi mengecat 272 anak tangga itu. Pihak pengurusan hanya guna baki cat yang telah digunakan sebelum ini bagi mengelak pembaziran dan kerja-kerja mengecat dilakukan beberapa sukarelawan dalam tempoh dua hari sahaja," katanya.
Kumararajah yang juga Penyelaras Keselamatan dan Perubatan Sambutan Thaipusam 2019 berkata uniknya Thaipusam di Malaysia ialah upacara keagamaan itu diraikan secara besar-besaran sehingga menjadi antara tarikan pelancongan terkenal di mata dunia.
"Jika dilihat di tempat-tempat lain khususnya di India, ketika sambutan Thaipusam hanya diadakan upacara keagamaan. Jika di Batu Caves secara khususnya pula, tempat keagamaan ini juga sebagai daya tarikan bagi sektor pelancongan dan menjadi ikon yang unik kepada negara.
"Infrastruktur yang terdapat di Batu Caves juga tiada di mana-mana tempat di dunia. Kawasannya seluas 14 ekar dengan terdapat empat baris tangga memasuki gua kuil menerusi ratusan anak tangga berwarna-warni serta terdapat patung berwarna emas Dewa Murugan setinggi 42.7 meter iaitu yang tertinggi di dunia," katanya.
Mengenai persiapan bagi memastikan sambutan Thaipusam tahun ini berlangsung dengan meriah, aman dan harmoni, Kumararajah berkata perancangan rapi khususnya mengenai keselamatan dan logistik telah dibuat sejak tiga bulan lepas.
Katanya memandangkan tahun ini Thaipusam jatuh pada hujung minggu dengan pelbagai upacara bermula pada Jumaat hingga Isnin, lebih 1,500 sukarelawan daripada 14 agensi kerajaan akan bertugas bagi membantu kelancaran sambutan termasuk bantuan perubatan dan kecemasan.
"Sepanjang empat hari ini keadaan dijangka amat sesak dengan orang ramai. Para sukarelawan ditempatkan di pelbagai lokasi, termasuk di dalam gua dan di tebing Sungai Batu yang turut menjadi lokasi perarakan dan upacara sembahyang," katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai agar menggunakan pengangkutan awam serta mengutamakan faktor keselamatan dan menjaga kesihatan terutamanya kanak-kanak dan warga emas sambutan Thaipusam itu nanti.
Thaipusam adalah perayaan yang disambut penganut agama Hindu semasa bulan penuh Tamil yang dipanggil Thai yang jatuh sama ada pada Januari atau Februari setiap tahun.
Bersempena perayaan itu, penganutnya akan menunaikan nazar mereka dengan menjunjung 'paal kudam' (belanga susu) yang dianggap paling suci dan 'kavadi' yang dihias cantik sambil menaiki 272 anak tangga tangga Batu Caves menuju ke kuil di dalam gua itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 19 2019
Pembaharuan di Batu Caves menjadi faktor tarikan orang ramai yang teruja ingin merakam foto pemandangan yang unik dan indah di gua batu itu. --fotoBERNAMA
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara
Difahamkan lebih dua juta pengunjung terdiri daripada rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara, bersama-sama memeriahkan sambutan pada hari ini.
“Thaipusam tahun ini lebih ramai berbanding tahun lepas”
Kesesakan luar biasa berlaku di Batu Caves, tempat perhimpunan yang sering menjadi tumpuan penganut agama Hindu.
Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam
Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi kemudahan orang ramai ke dua kuil tumpuan sempena sambutan Thaipusam Khamis ini.
Batu Caves akan dilengkapi dengan kemudahan eskalator
Ia sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil oleh pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar.
Ingin rancang perjalanan sempena Thaipusam? Ikuti antara inisiatif MOT
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan lima penambahbaikan pergerakan bersempena Thaipusam 2024 yang akan disambut pada 25 Januari di seluruh Malaysia.
MOT umum lima penambahbaikan sempena Thaipusam 2024
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook umum lima penambahbaikan pergerakan sempena Thaipusam 2024 yang akan disambut pada 25 Januari di seluruh Malaysia.
Beri RM20 selepas cabul remaja lelaki
Suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.
Pekerja melecur, tiga kilang di Batu Caves terbakar
Seorang lelaki melecur dalam kebakaran tiga kilang di kawasan perusahaan Batu Caves di Gombak pada Rabu.
Pemandu lari tinggalkan lori, jalan sesak 2 jam
Lori terbabit dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan anggota JPJ yang melakukan rondaan di sekitar lokasi kejadian.