Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai alasan tersendiri berhubung keengganannya untuk tinggal di kediaman rasmi kerajaan di Seri Perdana, di sini.
Alasannya, kediaman rasmi itu terlalu besar untuk beliau bersama isteri, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali tinggal.
“Tak perlu la. Rumah itu besar. Saya hanya berdua dengan isteri. Anak cucu pula ada rumah sendiri. Lebih baik saya tinggal di rumah sendiri. Mudah dan selesa untuk kami berdua,” jelasnya selepas wawancara istimewa bersama Sinar Harian.
Katanya, kediaman rasmi itu hanya akan digunakan untuk urusan rasmi kerajaan.
BACA: Tun Mahathir mohon maaf
BACA: 'Kami akan tunai janji bermula dengan sifar GST' - Dr Mahathir
10 Mei lalu Dr Mahathir secara rasmi dilantik menjadi Perdana Menteri ke-7 sekali gus mencipta sejarah tersendiri buat Malaysia selepas memegang jawatan nombor satu negara itu buat kali kedua.
Pengerusi Pakatan Harapan berumur 93 tahun itu juga mencipta sejarah menjadi ketua negara paling tua dilantik dalam dunia melalui proses demokrasi.
Dr Mahathir dipilih sebulat suara sebagai Perdana Menteri oleh presiden parti dalam komponen Harapan selepas parti itu menang 122 kerusi parlimen daripada 222 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU14.
Ahli Parlimen Langkawi itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang Di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara dalam Istiadat Angkat Sumpah Perdana Menteri ke-7.
Dr Mahathir sebelum ini merupakan perdana menteri keempat di mana beliau memegang jawatan selama 22 tahun (1981-2003) menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia paling lama berkhidmat.
Pada Oktober 2003, beliau melepaskan jawatan perdana menteri dan Presiden UMNO. Beliau kemudiannya dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pemodenan Malaysia.
Beliau bagaimanapun keluar UMNO dan kembali aktif dalam politik dengan memegang jawatan sebagai Pengerusi Bersatu dalam misi menentang BN pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam PRU14 yang diadakan pada 9 Mei lalu menyaksikan Harapan mencipta sejarah selepas menamatkan penguasaan UMNO-BN yang memimpin negara selama lebih 60 tahun.
Sinar Harian
Sat Jun 16 2018
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali melambaikan tangan ke arah orang ramai yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana. - Foto Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).