Video ini bakal menjadi memori untuk tatapan semua frontliners
Petugas barisan hadapan kita telah bertungkus lumus bertugas tanpa henti setiap masa setiap hari sejak Disember 2019.
Astro Awani
Thu Dec 31 2020
Setakat ini, video persiapan menghadapi gelombang ketiga menjadi bualan hangat di media sosial. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Sebuah video berdurasi empat minit mula menjadi perbualan selepas ia dikongsi sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
"Petugas barisan hadapan kita telah bertungkus-lumus bertugas tanpa henti setiap masa setiap hari sejak Disember 2019.
"Kini genap setahun mereka telah bertugas tanpa henti demi menjaga kesihatan & keselamatan rakyat Malaysia," katanya menerusi ciapan di akaun Twitter pada Khamis.
Mengisahkan kesiapsiagaan pasukan barisan hadapan Malaysia menghadapi gelombang ketiga penularan COVID-19, video ini baru dimuat naik pada Rabu turut menampilkan lagu Malaysia nyanyian Faizal Tahir.
Petugas barisan hadapan kita telah bertungkus lumus bertugas tanpa henti setiap masa setiap hari sejak Disember 2019. Kini genap setahun mereka telah bertugas tanpa henti demi menjaga kesihatan & keselamatan rakyat Malaysia;#KitaagaKita.