Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi wanita pertama mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Bagnunan Perdana Putra, di sini hari ini.
Dr Wan Azizah, menggantikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kini berada di New York untuk lawatan kerja dan menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-73.
Mesyuarat Kabinet, yang kebiasaannya diadakan pada setiap Rabu kecuali sekiranya berlangsung persidangan Dewan Rakyat, berlangsung selama dua jam bermula jam 9.30 pagi.
Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkongsi detik bersejarah itu dalam satu entri dimuat naik di akaun Twitter rasminya, @drwanazizah mencatat "Sejarah tercipta, pertama kali dalam sejarah Malaysia wanita mempengerusikan mesyuarat kabinet' dengan hastag #WomenPower.
Beliau juga memuat naik sekeping gambar bersama Jemaah Menteri yang hadir pada mesyuarat Kabinet termasuk Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.
Dr Wan Azizah mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan mencatatkan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.
Selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, Dr Wan Azizah mewakili kerajaan Malaysia berangkat ke Vietnam untuk memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Vietnam Tran Dai Quang.
Upacara pengebumian berkenaan akan berlangsungpada jam 3.30 petang esok di tanah perkuburan Kim Son di wilayah Ninh Bin, tempat kelahiran Presiden Quang. -- Bernama
Bernama
Wed Sep 26 2018
Dr Wan Azizah menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berada di New York. - BERNAMA/Fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
Perbincangan peruntukan ahli pembangkang dibuat dalam masa terdekat - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan perbincangan dengan wakil pembangkang berhubung permohonan peruntukan di kawasan masing-masing dalam masa terdekat.
Kerajaan Persekutuan akan bermesyuarat untuk mempercepatkan pembentukan JS-SEZ
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan mesyuarat bersama kerajaan negeri Johor bagi menyelaras beberapa dasar untuk memastikan pembentukan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dapat disegerakan.
Presiden Korea Selatan alami hidung berdarah semasa mesyuarat Kabinet
Seorang pegawai kerajaan berkata kejadian itu berkemungkinan disebabkan jadual padat beliau semasa dan selepas lawatan ke New York minggu lepas.
Jemaah Menteri, Ahli Parlimen disaran jalani saringan kesihatan setahun sekali
Anggota Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen disarankan menjalani saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali, bagi memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik.
Ahmad Zahid hadiri mesyuarat Kabinet, bicara kes di Mahkamah Tinggi tangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi ditangguh.
Isu 3R: Kajian undang-undang dibentang kepada Kabinet minggu ini - Azalina
Pembentangan kajian fasa pertama itu akan dilakukan secara menyeluruh sebelum sebarang ketetapan dibuat.
Penipuan eBelia Rahmah: KKD dapatkan maklumat lanjut dari Kementerian Kewangan - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu penipuan program eBelia Rahmah daripada Kementerian Kewangan.
Kalimah Allah: UMNO akan bangkitkan dalam mesyuarat Kabinet - Azalina
Isu berkenaan perlu ditangani dengan berhati-hati kerana ia melibatkan sensitiviti agama, kebebasan beragama dan keharmonian rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Halang MB Kedah: "Saya tidak pasti apa Sanusi maksudkan" - Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan wujud arahan rasmi melarang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terlibat dalam acara kerajaan Persekutuan.
Kabinet setuju syarat baharu perjanjian operasi MAHB - Anthony Loke
Kabinet secara prinsip bersetuju dengan syarat material baharu Perjanjian Operasi (OA) yang memberikan konsesi kepada Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB).