Seorang warga emas yang lumpuh sebelah kaki ditemui mati dengan lehernya dijerut di Kampung Baru Sungai Kerak, Marang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata, mangsa yang tinggal bersendirian sejak tujuh tahun lalu dipercayai disamun sebelum dibunuh.

Tengku Enong Tengku Muda, 68, tahun ditemui jirannya dalam keadaan tertiarap di dalam tandas rumahnya pada petang Selasa.

Siasatan awal mendapati beberapa barang kemas milik mangsa hilang.

Turut hilang ialah telefon bimbit mangsa yang dipercayai dilarikan penyamun berkenaan.

Polis tidak menolak kemungkinan mangsa mengenali suspek yang membunuhnya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 302 Kanun yang sama kerana melakukan samun dan bunuh.

Klik pada video untuk berita sepenuhnya.