Perpaduan ummah perlu mengatasi ideologi politik demi kelangsungan agama, bangsa dan negara, kata Ketua UMNO Bahagain Maran, Datuk Seri Ismail Mutalib

Ismail menegaskan, keihklasan memainkan peranan penting dalam memastsikan perjuangan parti terus kekal utuh.

"Sebenarnya peritiwa ini pernah berlaku dalam sejarah parti, Pas bersatu dengan BN dan tidak ada masalah sebab keikhlasan perpaduan ummah mesti ada.

"Sama ada anda you atau UMNO mesti ada sebab yang penting perpaduan. Sebab ideologi bukan perkara, kita mati esok Tuhan tak tanya you parti apa dan sebagainya," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemubual disini hari ini.

Merujuk kepada ucapan dasar Presiden, Ismail berkata, survival sesuatu parti itu bergantung kepada kekuatan pemimpin dan akar umbi serta kesaling bergantungan antara satu sama lain.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya pada Khamis, menyeru seluruh bangsa Melayu bersatu demi mengelakkan kelumpuhan dan keruntuhan bangsa hanya kerana permusuhan dan pembelotan.