Majlis angkat sumpah bagi timbalan-timbalan ketua menteri dan menteri-menteri Sarawak di bawah Ketua Menteri baharu Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan diadakan Khamis ini.
Menurut kenyataan Jabatan Penerangan hari ini, majlis akan berlangsung pada 10.30 pagi di Kompleks Dewan Undangan Negeri di Petrajaya.
Sarawak dijangka menerima seorang timbalan ketua menteri baharu bagi mengisi jawatan yang ditinggalkan Abang Johari.
Abang Johari adalah antara tiga timbalan ketua menteri di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem. Dua lagi ialah Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Dr James Jemut Masing.
Desas-desus menyatakan Menteri Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan akan mengisi kekosongan itu memandangkan beliau pemimpin paling kanan dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti tonggak kerajaan Barisan Nasional Sarawak.
Awang Tengah juga merupakan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II negeri.
Selain itu, seorang pemimpin kanan PBB dijangka mengisi kekosongan jawatan menteri perumahan dan urbanisasi serta menteri pelancongan, kesenian dan kebudayaan, dua portfolio yang sebelum ini dipegang oleh Abang Johari.
Abang Johari, 67, anak lelaki bongsu Yang Dipertua Negeri Sarawak yang pertama Tun Abang Openg Abang Sapiee, mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri keenam Sarawak di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud pada Jumaat lepas di Astana. -- Bernama
Bernama
Tue Jan 17 2017
Sarawak dijangka menerima seorang timbalan ketua menteri baharu bagi mengisi jawatan yang ditinggalkan Abang Johari. - Foto Bernama
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kampung Datu Lama akan dibangun semula - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan membangunkan semula Kampung Datu Lama yang merupakan perkampungan tradisional Melayu di Sibu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak tumpuan pelbagai kaum
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
Projek Kereta Api Trans Borneo: Sarawak belum dimaklumkan secara rasmi - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media baru-baru ini.
PETRA tubuh jawatankuasa penyelaras, pantau pelaksanaan projek air di Sarawak
Cadangan tersebut juga dipersetujui bersama Abang Johari semasa Fadillah mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau pada Isnin.
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara Sarawak bermula tahun depan - Abang Johari
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara yang menghubungkan kawasan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas akan bermula tahun depan.
Kerajaan negeri berhak laksana dasar pendidikan tinggi percuma - Zambry
Kerajaan mana-mana negeri mempunyai hak untuk melaksanakan dasar pendidikan tinggi percuma bagi membantu anak jati mereka.
[KOLUMNIS] Peranan parti politik Borneo dalam menjamin kestabilan Kerajaan Perpaduan
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melakar satu sejarah buat Malaysia apabila tidak ada mana-mana parti yang bertanding berjaya mencapai majoriti mudah dengan 112 kerusi di Dewan Rakyat.
Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di Kuching pada 2.20 petang Khamis.