Pergeseran Pakatan Harapan (PH) dalam isu siapa yang layak dilantik Perdana Menteri membuktikan mereka tidak fokus kepada perjuangan membangunkan negara dan membela nasib rakyat.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pertikaian siapa perdana menteri di antara Tun Dr Mahahir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hanya menyerlahkan krisis sesama mereka.
"Siapa jadi perdana menteri masih menjadi debat jika Pakatan Harapan memenangi PRU14.
"Pakatan Harapan sememangnya tidak memiliki pemimpin berkarisma dan berkelayakan untuk memegang jawatan perdana menteri.
"Kalau tidak, masakan mereka terpaksa menamakan Anwar yang sedang meringkuk di dalam penjara dan bekas perdana menteri yang sudah memerintah 22 tahun lamanya," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
BACA: Penentuan calon PM cabaran terbesar buat Pakatan Harapan - Penganalisis
BACA: Calon PM Pakatan Harapan tidak boleh lari dari prinsip perjuangan reformasi
Sebelum ini, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, penentuan calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan menjelang PRU14 bakal menjadi cabaran terbesar buat gabungan pembangkang tersebut.
Jelasnya, mereka harus menetapkan sama ada mengekalkan konsensus sedia ada iaitu Anwar atau mempertimbangkan Dr Mahathir.
Justeru itu kata Syed Ali, Pakatan Harapan kini dilanda krisis dalaman yang cuba disorok dari diketahui umum.
"Antara Dr Mahathir dan Anwar, kedua-duanya mempunyai pengikut dan penyokong tersendiri.
"Satu puak dalam Pakatan Harapan menentang Dr Mahathir dan satu puak mahukan Anwar dan satu kumpulan lagi berpihak kepada DAP," jelasnya.
Syed Ali juga tidak menolak kemungkinan satu puak lagi dari kalangan muda menolak pemimpin 'kitar semula' menguasai Pakatan Harapan.
Situasi itu katanya membuktikan Pakatan Harapan sekadar pakatan rapuh yang hanya gilakan kuasa walaupun mereka terpaksa menyusahkan kehidupan rakyat.
"Berbeza dengan UMNO, teras perjuangan kita amat jelas berpaksikan kepada agenda rakyat dan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan yang terbaik walaupun ada kalanya tindakan itu tidak popular," tegasnya.
Astro Awani
Tue Jan 02 2018
SYED ALI: Satu puak dalam Pakatan Harapan menentang Dr Mahathir dan satu puak mahukan Anwar dan satu kumpulan lagi berpihak kepada DAP. - Gambar fail
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi
Strategi politik murahan bagi meraih undi pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkat bagi manfaat sektor rel negara
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkatkan bagi pembangunan dan pembangunan semula infrastruktur serta kemudahan sektor perkhidmatan rel negara ini.
AWANI Ringkas: Azam Baki dilantik setahun lagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mahalini, Rizki Febian selamat diijab kabul, kini bergelar suami isteri
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat.
Zahid anggap Hamzah parasit, nafi tawar jawatan Setiausaha Agung UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri hamzah Zainudin sebagai kuman atau parasit kerana mendakwa ditawarkan jawatan Setiausaha Agung UMNO oleh Zahid pada tahun 2018.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi - PM
Akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Bina ekosistem AI, segera rencana pendekatan pendidikan - PM
Tenaga pengajar dan para profesor disaran berinteraksi bagi meningkatkan mutu kemahiran dalam sistem pendidikan.
PM Anwar, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup
Perdana Menteri hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
PM Anwar lawat Mutang Tagal di IJN
Perdana Menteri hari ini melawat Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal, yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara.
'Jawatan TPM dari Sabah, kita tunggu PRU16 nanti' - Ahmad Zahid
Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang diberikan kepada Datuk Seri Fadillah Yusof bukan sahaja mewakili Sarawak tetapi portfolio itu adalah untuk mengkordinasikan semua program di Sabah.
PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Ebby Yus, doakan segera sembuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak Ebby Yus untuk kegunaan harian dan perubatannya.
Malaysia harus rebut peluang lakukan pembaharuan dalam penyelidikan klinikal - PM
Malaysia harus merebut peluang, berusaha untuk melakukan pembaharuan, dan menghapuskan halangan kepada penyelidikan klinikal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar dijangka tiba di sempadan Rafah Jun ini, hantar bantuan ke Gaza - Nik Nazmi
Misi tersebut bukti komitmen dan keseriusan Kerajaan dalam membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi kesengsaraan akibat perang di Gaza.
NACP: Ketirisan RM277 bilion dalam 5 tahun sangat menggemparkan - PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun seperti yang didedahkan SPRM adalah angka yang menggemparkan, kata Anwar.
Landskap ekonomi negara lebih baik jika penjawat awam cekap, pantas laksana tugas - PM
Sekiranya semua penjawat awam mengamalkan cekap dan pantas dalam tugas seharian, Malaysia akan jadi perhatian dunia, kata Perdana Menteri.