Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Menara Dato' Onn kira-kira pukul 3.35 petang untuk mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Antara isu yang dijangka dibincangkan adalah keutamaan UMNO dalam pendaftaran pengundi baharu selain persediaan pergerakan jentera pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

Terdahulu, Datuk Seri Najib menyampaikan hadiah cabutan bertuah Hari UMNO ke-71 baru-baru ini.

Ahli UMNO, Saifuldhari Abu Bakar diumumkan sebagai penerima hadiah utama cabutan bertuah iaitu Proton Perdana 2.4L.