Bukan sahaja Pas, mana-mana parti termasuk Barisan Nasional (BN) berhak untuk mengemukakan nama calon speaker mengikut perlembagaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas Kedah berhak mengemukakan calon Speaker dan Timbalan Speaker, begitu juga dengan BN turut mempunyai hak berbuat berdasarkan jumlah kerusi dimenanginya pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
“Kita (Pas) ada hak. Bukan kita sahaja, BN pun ada hak dan mana-mana pun ada hak untuk mengemukakan calon speaker. Terpulang kepada ahli dewan untuk mengundi kepada calon speaker yang mana.
“Pas punyai 15 kerusi. Rasanya, Pas satu-satu parti punyai kerusi paling banyak berbanding parti lain,” katanya pada sidang media di Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kedah, di Kompleks Pas Kedah, di sini, semalam.
Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.
Menurutnya, mengikut pecahan kerusi mengikut parti dalam Pakatan Harapan. Bersatu mempunyai lima kerusi, PKR (tujuh), DAP (dua), Amanah (empat).
“Cuma Pas yang mempunyai bilangan kerusi yang terbanyak mengikut pecahan parti. Kita rasa, Pas layak menjadi Speaker. Lagipun soal kemuka calon dari pembangkang bukan isu baru kerana pada 2013, pembangkang ketika itu dari Pakatan Rakyat (PR) juga pernah berbuat demikian.
“Jadi, sekarang tidak salah Pas mengemukakan calon kerana kita memiliki kerusi yang banyak dan rasional untuk berbuat demikian.
"Pas pernah mengemukakan cadangan Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, namun beliau kalah dengan Tan Sri Pandikar Amin Mulia,” katanya
Takiyuddin berkata, Pas Pusat bersetuju Ahmad Fakhruddin menjadi Speaker DUN berdasarkan pengalamannya, manakala Adun Bukit Pinang, Wan Romaini Wan Salim sebagai Timbalan Speaker DUN.
“Pas juga masih berpendirian cara terbaik selesaikan isu ini adalah dengan menawarkan Kerajaan Perpaduan antara semua parti di mana ini pilihan terbaik bagi mengelak Pilihan Raya Negeri (PRN).
“PRN adalah pilihan terakhir jika isu ini menemui jalan buntu dan jika ia berlaku (PRN) kita kena terimalah,” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga mengumumkan Muhammad Sanusi dilantik sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah.
Muhammad Sanusi ketika diminta mengulas pelantikannya itu, berkata, pihaknya sebelum ini sudah bertemu dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 10 Jun lalu membincangkan soal pelantikan Speaker.
“Kita beritahu pendirian kita dan meminta beliau menerima cadangan meletakkan Speaker dan Timbalan Speaker daripada Pas demi membina politik baharu.
“Pas tetap akan membantu, menyokong perkara kebaikan dibuat kerajaan negeri untuk kebaikan rakyat malah jika mereka (kerajaan negeri) berhasrat melaksanakan kebaikan tidak patut takut melantik Speaker daripada Pas,” katanya.
Sinar Harian
Sun Jun 24 2018
Menurut Takiyuddin, mengikut pecahan kerusi mengikut parti dalam Pakatan Harapan. Bersatu mempunyai lima kerusi, PKR (tujuh), DAP (dua), Amanah (empat). - Gambar fail
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.