1) Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali selesai membentangkan Bajet 2018 bagi negeri Selangor. Selain dari meneruskan polisi sedia ada, boleh dikatakan tiada perkara baru yang diumumkan dalam pembentangan bajet ini.
2) Peruntukan keseluruhan Bajet 2018 negeri Selangor adalah berjumlah RM3.12 bilion dengan defisit berjumlah RM820 juta. Jumlah defisit ini jika diukur adalah 26% dari keseluruhan bajet negeri serta 38% tambahan dari jumlah anggaran hasil. Jumlah defisit Bajet 2018 kerajaan persekutuan hanyalah pada kadar 14% dari keseluruhan peruntukan.
3) Apa yang menghairankan, pada saat pemimpin pembangkang mengkritik pentadbiran persekutuan kerana membentangkan bajet defisit minggu lalu, kerajaan Selangor juga membuat perkara sama. Malah dari kadar peratusan, jumlah defisit yang perlu ditanggung adalah jauh lebih tinggi dari defisit tanggungan kerajaan persekutuan.
4) Adakah Wan Azizah, ADUN Kajang akan membangkitkan perkara ini dalam perbahasan minggu hadapan? Jelasnya tindakan mereka mengkritik bajet defisit kerajaan persekutuan terpalit ke muka mereka sendiri. Jelasnya tindakan adalah suatu yang hipokrit.
5) Selain daripada itu, kerajaan negeri juga berjanji untuk membina 136 unit rumah berkembar setingkat berhampiran Felda Sungai Tengi Selatan. Perkara ini hanyalah sekadar ulangan janji yang dibuat Menteri Besar pada Januari 2016 ketika lawatan beliau ke Felda tersebut. Hanya selepas hampir 2 tahun dan semakin hampir kepada Pilihan Raya Umum, barulah kerajaan negeri cuba memberi komitmen.
6) Untuk rekod, kerajaan persekutuan menerusi Felda sememangnya sedang giat membina rumah generasi ke-2 Felda di seluruh negara. Tetapi apa yang mengecewakan di negeri Selangor ini, memandangkan isu tanah adalah di bawah kuasa negeri, kerajaan negeri Selangor telah sekian lama menafikan permohonan dari Felda ini.
7) Di dalam bajet alternatif 2018, pembangkang telah menjanjikan pendidikan percuma. Sangkaan bahawa kerajaan negeri akan menjadi negeri contoh dan yang pertama untuk melaksanakan pendidikan percuma tidak langsung terbayang dalam bajet yang diumumkan Menteri Besar ini. Secara tidak langsung, ia membuktikan perkara ini adalah suatu imaginasi melampau yang sukar untuk dilaksanakan.
8) Kesimpulannya, segala tohmahan kononnya bajet kerajaan persekutuan bersifat gula-gula PRU-14, akhirnya terpercik ke muka mereka sendiri. Azmin Ali jelas terdesak mencipta imej populis, cuba lari dari bayangan Tan Sri Khalid Ibrahim serta cekap bermain dengan silat kata-kata.
Budiman Mohd Zohdi
ADUN Sg Panjang, 3 Nov 2017, 7 malam.
*Budiman Mohd Zohdi adalah Ahli Parlimen Sungai Besar dan ADUN Sungai Panjang
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Budiman Mohd Zohdi
Fri Nov 03 2017
Menurut Budiman, Azmin Ali jelas terdesak mencipta imej populis, cuba lari dari bayangan Tan Sri Khalid Ibrahim serta cekap bermain dengan silat kata-kata.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).