Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) hari ini menamatkan kontrak B. Sathianathan, selaku ketua jurulatih selepas skuad Gergasi Merah itu hanya meraih satu kemenangan sejak saingan Liga Super kembali bersambung, Ogos lepas.
Penamatan kontrak pengendali berusia 62 tahun itu berlaku kurang daripada 48 jam, selepas Selangor tewas 1-6 kepada pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Sabtu lepas.
Perkembangan itu disahkan Sathianathan selepas satu pertemuan pagi tadi, bersama kepimpinan tertinggi FAS antaranya, Presidennya, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Shahril Mokhtar.
"Saya dipecat. Saya jangkakan perkara ini dan sudah nampak tanda-tandanya sebelum ini. Apabila anda dipecat, anda perlu terima," katanya kepada Bernama, hari ini.
Selangor mencatat satu kemenangan, dua seri dan satu kekalahan, dalam empat aksi Liga Super yang bermula hujung Ogos lepas, setelah saingan tertangguh hampir lima bulan susulan penularan pandemik COVID-19.
Keputusan itu menyaksikan juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu, hanya empat mata dipisahkan daripada zon penyingkiran di kedudukan ketujuh liga dengan 10 mata.
Beliau yang memiliki kontrak sehingga akhir musim ini mengakui, sedikit terkilan apabila tidak dapat menyempurnakan tugasannya sehingga saingan berakhir.
"Musim belum berakhir, kita masih ada Piala Malaysia selepas ini, apa-apa boleh berlaku. Saya percaya dengan baki tiga perlawanan Liga Super mudah buat Selangor untuk menang kesemuanya, dan tamatkan saingan liga di kedudukan kedua atau ketiga.
"Saya harap Selangor mencapai matlamat itu bersama jurulatih baharu. Saya tahu barisan pemain sedia ada cukup baik untuk Selangor," katanya.
Sathianathan yang merupakan bekas jurulatih skuad kebangsaan, mengharungi dua musim bersama Selangor selepas dilantik sebagai pengendali skuad Gergasi Merah, pada November 2018. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 21 2020
Penamatan kontrak Satnianathan berlaku kurang daripada 48 jam, selepas Selangor tewas 1-6 kepada pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Sabtu lepas. - Gambar fail
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Ong Kim Swee presiden baharu PJBM
Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Presiden, memangku jawatan itu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan mendiang B. Sathianathan.
Safee versi kedua Mokhtar Dahari, kata mendiang Sathianathan
Nantikan episod kedua SEPULUH yang akan bersiaran pada Jumaat, 1 Disember ini, jam 10 malam di Astro Arena.
Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga mendiang Sathianathan
Seri Paduka berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian mendiang dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
Arena bola sepak Malaysia hilang pakar taktikal
Mendiang Sathianathan sentiasa tampil membela nasib jurulatih tempatan yang terpalit dengan isu tunggakan gaji.
Disangka anak patung rupanya janin bayi dalam loji kumbahan
Seorang pekerja pembersih kumbahan terkejut melihat objek yang disangka anak patung rupanya janin bayi di loji kumbahan sebuah kawasan perumahan di Inanam.
Bekas jurulatih Harimau Malaya, B Sathianathan meninggal dunia
Bekas jurulatih skuad kebangsaan, B. Sathianathan, dilaporkan meninggal dunia pada usia 65 tahun hari ini.
'Bukan senang Harimau Muda menang emas di Kemboja 2023'
Skuad B-22 negara bakal berdepan saingan sengit Vietnam, Thailand, Indonesia yang merupakan antara pasukan kuat di rantau Asia Tenggara.
'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.
Cheng Hoe berjasa pulih imej pasukan negara - B. Sathianathan
Cheng Hoe telah berjaya memulihkan maruah skuad kebangsaan sehingga menjadi antara pasukan yang digeruni di rantau Asia Tenggara.
Siapa sudi bantu FAM bayar gaji tinggi jurulatih? - Sathianathan
B. Sathianathan menyifatkan pengambilan ketua jurulatih ibarat satu perjudian.