Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah bertekad mahu menamatkan kemarau podium pada perlumbaan pusingan ke-17, Kejuaraan Motosikal Grand Prix (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini.
Hafizh, 22, biarpun sedang mengalami kecederaan ringan pada betis kiri ketika beraksi di Litar Phillip Island, Australia Ahad lepas, optimis mampu beraksi dengan baik terutamanya di laman sendiri.
"Semua pelumba inginkan podium, saya juga sudah beberapa kali menghabiskan perlumbaan di tempat keempat dan hampir berada di podium cuma rezeki belum berpihak kepada saya.
Saya akan cuba memberi saingan yang terbaik untuk menamatkan perlumbaan dan mahu berada di podium, katanya pada sidang media bersama pasukan Petronas Raceline Malaysia di Pescao55 Concept Store, pada Selasa.
Hafizh yang dikenali sebagai 'Pescao' berkata selain litar basah beliau mempunyai pengalaman beraksi di litar kering dalam keadaan cuaca panas di Sepang.
"Saya mempunyai sedikit kelebihan dari segi keadaan cuaca yang panas. Saya juga sudah mencuba litar baru di Sepang," katanya.
Pelumba yang berasal dari Selangor itu juga mahu kekalkan kedudukan di tempat ke-10 teratas untuk keseluruhan perlumbaan.
"Sekarang saya jatuh di kedudukan kesembilan keseluruhan berikutan gagal menamatkan perlumbaan pada pusingan lepas di Litar Phillip Island, Australia yang menyebabkab saya gagal mengutip sebarang mata.
"Bagaimanapun, saya akan lakukan yang terbaik untuk memastikan saya kekal berada di dalam 10 kelompok terbaik, tiada yang mustahil kerana perlumbaan masih berbaki dua pusingan lagi," katanya yang menduduki tangga kesembilan kedudukan keseluruhan dunia dengan 106 mata dalam kelas Moto2.
Hafizh melahirkan rasa bangga terhadap prestasinya pada musim ini kerana berjaya mengumpul mata melebihi 100 yang beliau inginkan sejak musim lepas.
Pusingan terakhir perlumbaan MotoGP musim ini akan berlangsung di Valencia 11-13 Nov ini - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 25 2016
Hafizh Syahrin Abdullah semasa sidang media bersama pasukan Petronas sempena persiapan perlumbaan MotoGP Sepang di Kedai Pescao, Taman Dato Harun pada Selasa, 25 Oktober, 2016. - fotoBERNAMA
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberikan ruangan untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan pengiklanan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China hari ini.
ARRC: Hafizh Syahrin nyaris habis minyak
Hafizh Syahrin menebus kekecewaan dengan menaiki podium selepas dipintas oleh penunggang Honda Asia-Dream Racing Astemo, Andi Farid Izdihar.
TMJ, Hafizh Syahrin mula langkah tubuh JDT Racing Team
Tunku Ismail bertemu Hafizh Syahrin dan Valeriano Rodriguez untuk berbincang mengenai pembentukan pasukan menjelang kempen musim 2024.
Hafizh Syahrin umum perkembangan baharu bersama JDT Racing Team minggu depan
Hafizh Syahrin Abdullah, bakal mengumumkan perkembangan baharunya bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing Team, minggu depan.
Hafizh Syahrin tekad tunjuk 'taring sebenar' bersama JDT
Selepas mendapat tajaan daripada Johor Darul Ta'zim (JDT), pelumba motosikal negara Hafizh Syahrin Abdullah bertekad untuk menunjukkan 'taring sebenar' di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024.
JDT Racing Team barakan dunia permotoran
JDT dijangka melebarkan sayap jenama kelab itu apabila menceburi arena perlumbaan permotoran bersama Hafizh Syahrin Abdullah.
WSBK: Hafizh Syahrin akhiri cabaran tempat ke-16
Pelumba dari Kuala Lumpur itu ketinggalan 1 minit 2.195 saat (s) daripada pemenang dari Sepanyol, Alvaro Bautista.
Kami pertaruh nyawa, kata Hafizh Syahrin tagih kepimpinan bebas agenda luar
Pandangan itu mengulangi persoalan yang dilontarkan Azlan Shah berhubung kemalapan sukan permotoran kebelakangan ini.
WSBK: Kurang uji jentera rencatkan permulaan Hafizh Syahrin
Hafizh turut mengakui kekurangan data pelumba lain juga menyebabkan beliau tidak berupaya memberi tentangan sengit.
Hafizh Syahrin sertai WSBK 2022 bersama Mie Racing Honda
Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah bakal membuat penampilan sulung pada Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) bersama pasukan Mie Racing Honda bermula musim depan.