PRESIDEN Amerika Syarikat Barack Obama tampil ‘cool’ dan bersahaja apabila berjoget dengan lagu rancak ‘Hotline Bling’ nyanyian asal rapper Drake.

Memetik laporan The Daily Mail, video itu dirakam sewaktu Obama menganjurkan acara tahunan yang dikenali sebagai “BET Love & Happiness: A Musical Experince” yang meraikan kepelbagaian genre muzik di Amerika Syarikat seperti Blues, Broadway, Latin, Jazz dan banyak lagi.

Ia mula diperkenalkan ketika Obama mula memasuki White House pada 2009 dan ini merupakan acara terakhir yang akan dihoskan oleh beliau setelah tamat perkhidmatan sebagai Presiden.

Video asal dimuat naik menerusi Instagram Story milik Usher namun sempat dikongsi semula oleh akaun Instagram, @theshaderoom.


Setakat ini, video berkenaam menerima hampir 975,000 tontonan sejak ia dimuat naik pada Ahad.

Sebelum ini, Obama membuat penampilan dalam satu video lucu bertajuk ‘Couch Commander’.

Video berkenaan dikongsi pada majlis makan malam White House Correspondents' Dinner terakhir yang akan dihoskan oleh Obama.