KUALA LUMPUR: Semua urus niaga unit amanah dan perkhidmatan lain Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) akan ditangguhkan sementara bermula pada 4 hingga 7 Jun 2022.
Syarikat tersebut dalam satu kenyataan pada Rabu berkata penangguhan sementara itu disebabkan oleh pemindahan sistem operasinya ke sistem baharu, selaras dengan objektifnya untuk meningkatkan pengalaman pelaburan kepada para pelabur.
ASNB, syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), menambah tarikh urus niaga terakhir bagi semua unit amanah adalah pada 3 Jun, 2022.
Bagaimanapun, urus niaga bagi ASN Equity 5, ASN Equity Global, ASN Imbang 3 Global dan ASN Sara 2 akan berakhir lebih awal iaitu pada 2 Jun 2022.
Syarikat tersebut juga memaklumkan penangguhan urus niaga itu melibatkan semua unit amanah ASNB di semua saluran ASNB iaitu kaunter cawangan ASNB dan ejen-ejen seluruh negara serta saluran elektronik dan dalam talian.
Ia termasuk portal dan aplikasi myASNB, ejeb perbankan internet iaitu Maybank2u, CIMB Clicks, RHBNow, Affinonline, AmOnline dan HLB Connect, mesin kiosk di cawangan ASNB serta Mesin Juruwang Automatik (ATM) di Maybank dan CIMB Bank.
"Urus niaga di semua saluran iaitu kaunter dan platform dalam talian akan dibuka semula pada 8 Jun 2022," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin berkata langkah strategik untuk beralih ke sistem baharu perlu dilaksanakan bagi menyediakan sokongan teknologi yang lebih mudah dan moden agar ASNB dapat memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang lebih terkini.
"Inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan pengalaman pelaburan kepada pelabur kami di semua saluran pada masa hadapan.
"Pelabur ASNB perlu merancang keperluan tunai lebih awal dan membuat transaksi pelaburan atau pengeluaran sebelum tarikh penangguhan untuk mengelakkan sebarang kesulitan ketika penangguhan ini berlangsung," katanya.
Menurutnya, bagi mereka yang ingin membuat pengeluaran dalam talian, boleh membuat urus niaga seawal yang mungkin agar wang tersebut dapat dikreditkan sebelum tarikh penangguhan.
ASNB berkata pengeluaran secara dalam talian hanya boleh dilakukan menerusi portal www.myasnb.com.my dan aplikasi myASNB dengan had maksimum sebanyak RM2,000 atau pengeluaran tiga tiga kali dalam sebulan.
"Urus niaga pengeluaran dalam talian yang berjaya dilaksanakan akan dikreditkan ke dalam akaun bank pelabur yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022
Semua urus niaga unit amanah dan perkhidmatan lain ASNB akan ditangguhkan sementara bermula pada 4 hingga 7 Jun 2022. -Astro AWANI/Shahir Omar
Didakwa kembali rujuk dengan bekas suami, ini respons Puteri Sarah
Lebih menjengkelkan apabila segelintir pihak menggunakan berita palsu semata-mata untuk kepentingan diri.
Insiden letupan: Sungai Golok 'dikawal' kereta perisai, dron
Rondaan kereta perisai dan penggunaan dron menjadi usaha terkini Briged Tenggara bagi memastikan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok di sini berada pada tahap terbaik.
Apple dilapor bakal ganti iPhone 17 Plus dengan iPhone 17 Slim
Laporan sebelum ini menyatakan iPhone 17 akan menggunakan skrin
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada aduan sogokan, salah guna jentera kerajaan - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum lagi menerima aduan rasmi mengenai wujud sogokan kepada pengundi dan salah guna jentera kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN KKB.
Pengumuman pelaburan Google di Malaysia dalam masa terdekat - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan satu pengumuman berkenaan pelaburan Google di Malaysia akan dilakukan dalam masa terdekat.
Aksi Sumbangsih JDT, Selangor FC kekal Jumaat ini
Perlawanan Sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah antara JDT dan Selangor FC kekal Jumaat ini.
Kes serangan Akhyar, Faisal tiada kaitan - Polis
Polis berkata, tidak ada hubung kait antara kes samun Akhyar dan Faisal Halim yang disimbah asid.
Kes simbah asid: Tindakan melampau, tidak beradab jangan dibiarkan berulang
Tindakan melampau dan tidak beradab pihak yang terlibat menyimbah asid ke pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim sepatutnya jangan dibiarkan berulang lagi.
Remaja putus kaki nahas depan sekolah
Seorang remaja lelaki putus kaki kirinya selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Budiman di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, pada Isnin.
Abdul Rahman lepas jawatan dalam CIMB Group, terajui semula PNB
Abdul Rahman telah berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB dari 2016 hingga 2019, yang mana beliau memainkan peranan penting dalam memacu transformasi strategik PNB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 2 5.25 sen seunit, ASM 4.75 sen
ASNB umum pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk ASB 2 dan 4.75 sen seunit untuk ASM bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.
PNB sumbang tiga jentera menuai bernilai RM414,000 kepada Zakat Kedah
Menurut PNB, usaha tersebut bertujuan membantu petani berkenaan mengurangkan kos menuai dan seterusnya meningkatkan keuntungan mereka.
KWSP umum pelantikan Ahmad Zulqarnain sebagai CEO baharu
Ahmad Zulqarnain akan menggantikan Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang telah dilantik sebagai Menteri Kewangan II.
PNB umum peletakan jawatan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Ahmad Zulqarnain
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, PNB memaklumkan peletakan jawatan itu akan berkuatkuasa pada 16 Februari depan.
Agong rasmi Menara Merdeka 118
Menara canggih yang memiliki 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu adalah yang kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai.
Kementerian Komunikasi tawar kerjasama dengan PNB anjur pembukaan Stadium Merdeka
Kementerian Komunikasi mempunyai kapasiti untuk menyediakan bahan arkib berkaitan Stadium Merdeka, yang mula dibina pada 1956.
Saiz dana pelaburan KWSP cecah RM1.1 trilion sehingga 31 Ogos 2023 - Steven Sim
Jumlah dana pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak RM1.1 trilion sehingga 31 Ogos, 2023.
PNB, KWSP, KWAP meterai urus niaga pajakan balik dengan ams Osram bernilai RM2 bilion
PNB, KWSP dan KWAP telah memeterai perjanjian transaksi jualan dan pajakan balik bernilai RM2 bilion dengan Osram Opto Semiconductors Sdn Bhd bagi kemudahan pembuatannya di Kulim Hi-tech Park, Kedah.
MSAM 2023 berjaya tarik lebih 200,000 pengunjung
PNB mengakhiri karnival celik kewangan tahunan terbesarnya Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Bertam dengan kejayaan yang memberangsangkan.