KUALA LUMPUR: Bajet 2023 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 7 Oktober depan akan terus memberi tumpuan kepada mengukuhkan momentum pemulihan ekonomi negara serta menjana pertumbuhan yang lebih mampan dalam jangka masa panjang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ekonomi Malaysia masih berada di landasan yang kukuh disokong oleh asas ekonomi yang berdaya tahan, dasar pragmatik dan kepelbagaian struktur ekonomi.
Namun begitu, katanya, pengurusan ekonomi negara pada 2022 dijangka akan menjadi lebih mencabar.
"Unjuran pertumbuhan ekonomi dunia pada 2022 dan 2023 oleh pertubuhan antarabangsa seperti Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah disemak semula dan diturunkan.
"IMF telah menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi dunia bagi 2022 kepada 3.2 peratus pada Julai berbanding 3.6 peratus pada April, dan 4.4 peratus pada Januari," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Mustapa berkata bagi 2023, unjuran pertumbuhan ekonomi dunia telah diturunkan daripada 3.8 peratus pada Januari 2022 kepada 2.9 peratus pada Julai.
Mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia, beliau berkata, negara dijangka mampu mencapai sasaran antara 5.3 peratus hingga 6.3 peratus pada tahun ini.
"Ia mengambil kira pencapaian separuh pertama tahun 2022 sebanyak 6.9 peratus," katanya.
Sementara itu, Mustapa berkata, langkah yang diambil oleh kerajaan dalam melaksanakan pakej rangsangan dan pembukaan semula ekonomi secara beransur-ansur telah mengurangkan impak besar daripada krisis pandemik COVID-19 dan juga menyokong pemulihan semula pertumbuhan ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022
Mustapa berkata bagi 2023, unjuran pertumbuhan ekonomi dunia telah diturunkan daripada 3.8 peratus pada Januari 2022 kepada 2.9 peratus pada Julai. - Gambar fail
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
AWANI Ringkas: PM: Kerajaan belum ada keputusan muktamad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Lapan tahun rogol anak, suami isteri ditahan
Hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku sejak tahun 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada tahun 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson.
Dakwaan Subsidi: PM tegaskan kerajaan belum buat keputusan
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun secara percuma melalui web rasmi www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau boleh juga walk-in pada tarikh yang ditetapkan di lokasi berdekatan anda.
Panama bersedia untuk Pemilihan Presiden
Rakyat Panama berharap pilihan raya itu akan membawa perubahan dalam kepimpinan negara.
Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM
Laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.
Mustapa Mohamed dianugerah Ijazah Doktor Kehormat AeU
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Asia e University (AeU).
2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.
Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan bilangan warganegara asing yang berada di Malaysia berkurangan daripada 2.7 juta orang pada 2020 kepada 2.4 juta tahun ini.
Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.
Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.
Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.
Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa
Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas tahun 2022.
Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan menarik - Mustapa
Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik untuk pengembangan perniagaan global dan serantau, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Impak penyusutan ringgit kepada bayaran hutang langsung kerajaan adalah kecil
Mustapa berkata kebanyakan hutang kerajaan adalah dalam nilai mata wang ringgit, khususnya Bil Perbendaharaan dan Sekuriti kerajaan.