Lebih banyak syarikat dari China dijangka melabur di Iskandar Malaysia, terutamanya di dalam sektor hartanah di dalam tempoh terdekat ini, demikian menurut Dewan Perniagaan dan Industri Cina Johor Baharu hari ini.
Presidennya, Datuk Soh Poh Seng berkata beliau dimaklumkan banyak di kalangan syarikat-syarikat dari China itu akan membuat pelaburan di Iskandar Malaysia di dalam tempoh dua tahun ini.
"Mereka (pelabur China) sememangnya mempunyai pengetahuan yang amat tinggi tentang potensi Iskandar Malaysia. Banyak di kalangan mereka sedang membuat persiapan untuk memasuki pasaran Iskandar Malaysia di dalam tempoh dua tahun ini," katanya kepada Bernama di sini.
Pada ketika ini, katanya sudah terdapat pelabur-pelabur hartanah dari China yang membeli lot-lot tanah seluas antara 40 hektar hingga 80 hektar di beberapa kawasan di Iskandar Malaysia.
Kemasukan lebih banyak pelabur dari China ke Iskandar Malaysia, katanya akan membantu wilayah pembangunan yang dilancar pada 2006 itu mencapai matlamat jangka panjangnya.
"Iskandar Malaysia sudah mencapai kemajuan dan ia bertambah maju dengan kemasukan pelabur-pelabur China," katanya, sambil menyatakan bahawa Iskandar Malaysia merupakan koridor ekonomi paling berjaya berbanding koridor-koridor ekonomi negara yang lain.
Selain sektor hartanah, pelabur China menurut Soh, turut menceburi sektor pembuatan di Iskandar Malaysia.
Semenjak Iskandar Malaysia, yang mempunyai keluasan 2,217 km persegi itu dilancar pada akhir 2006, ia telah menarik pelaburan RM105.1 bilion dari dalam dan luar negara.
Sektor hartanah mencatatkan pelaburan terbesar di Iskandar Malaysia dengan 33.4 peratus atau RM35.1 bilion diikuti sektor pembuatan sebanyak RM33.9 bilion.
Sejak akhir-akhir ini, Iskandar Malaysia telah berjaya menarik beberapa pelaburan besar dari syarikat China seperti pelaburan RM900 juta dari Country Garden Holdings Co Ltd di Iskandar Waterfront.
Menurut Forbes, syarikat itu merupakan antara 50 syarikat terbesar di Asia.
Selain itu, pada Disember tahun lepas, UEM Land Holdings telah menandatangani perjanjian dengan Chinamall Holdings Pte Ltd untuk membangunkan pusat pameran dan perdagangan bernilai RM562 juta di Nusajaya.
Iskandar Investment Berhad (IIB), yang bertanggung jawab membangunkan Medini, Nusajaya juga telah menandatangani perjanjian dengan pelabur hartanah daripada China.
Ia termasuk perjanjian pemaju hartanah China, Zhuoda Real Estate Group untuk membangunkan projek komersil dan perumahan bercampur yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM2.5 bilion.
Soh berkata para pelabur dari jiran terdekat Malaysia, Singapura, telah meningkatkan pelaburan mereka di Iskandar Malaysia kebelakangan ini, seperti menerusi beberapa perjanjian antara syarikat tempatan dengan syarikat republik itu untuk membangunkan beberapa projek besar di koridor ekonomi itu.
Ia termasuk perjanjian antara UEM Land dengan syarikat Singapura, Ascendas untuk membangunkan taman industri bernilai lebih RM3 bilion di Nusajaya dan perjanjian dengan ahli perniagaan republik itu, Peter Lim untuk membina "Motorsport City", juga di Nusajaya.
Walau pun Iskandar Malaysia semakin menerima minat dan perhatian negara luar dengan peningkatan pelabur asing membeli hartanah di koridor ekonomi itu, beliau meminta supaya pihak berkuasa tidak melupakan pelabur-pelabur tempatan.
"Pelabur-pelabur tempatan juga perlu diberikan peluang (di Iskandar Malaysia)," kata Soh.
Bernama
Fri Jan 04 2013
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.