Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi Simpanan Konvensional 2017, iaitu 6.9 peratus, yang tertinggi sejak 1997, bukan 'gula-gula pilihan raya', sebaliknya menunjukkan pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata, kadar dividen tersebut serta kadar 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah seperti diisytiharkan pada 10 Feb lepas adalah hasil pelaburan yang dibuat KWSP di dalam dan luar negara.
"Pada saya angka dividen untuk konvensional dan syariah ini adalah baik dan ia bukan gula-gula pilihan raya...ia tiada kena-mengena dengan pilihan raya.
"Apa yang berlaku kalau bagus (maka) baguslah, seperti pada 2016 ekonomi kita tumbuh pada kadar 4.2 peratus...apa (boleh) buat kalau ekonomi global juga begitu (lembap).
"Jadi, apa yang kita cerminkan ini (kadar dividen KWSP) adalah apa (pertumbuhan ekonomi) yang sebenarnya berlaku di negara kita," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Pada 10 Feb lepas, KWSP mengisytiharkan kadar dividen 6.90 peratus bagi Simpanan Konvensional 2017 dengan jumlah agihan dividen sebanyak RM44.15 bilion, dan 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah, dengan agihan dividen RM3.98 bilion.
Dalam kenyataan itu KWSP berkata, jumlah keseluruhan agihan dividen bagi 2017 adalah sebanyakRM48.13 bilion, peningkatan 29.8 peratus berbanding 2016.
Sementara itu, mengulas pengumuman mengenai ekonomi Malaysia yang berkembang 5.9 peratus pada 2017 (2016: 4.2 peratus) oleh Bank Negara Malaysia hari ini, Johari berkata angka pertumbuhan tersebut adalah prestasi yang membanggakan, memandangkan dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu Malaysia masih menunjukkan perkembangan ekonomi yang baik.
"Keempat-empat suku tahun lalu menunjukkan angka yang baik dengan purata 4.9 peratus, dan kita jangka ekonomi negara akan berkembang dengan baik pada 2018, iaitu pada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 5.0 dan 5.5 peratus.
Beliau berkata, berdasarkan perkembangan ekonomi Malaysia, ia secara tidak langsung menunjukkankeberkesanan dasar kerajaan selama ini yang meletakkan asas ekonomi Malaysia dalam menerajui aktiviti berkaitan ekonomi.
"...walaupun dunia dalam keadaan tidak menentu, ekonomi kita masih berkembang (dengan baik)," katanya.
Terdahulu, Johari menyambut kepulangan Juara Asia bagi kategori ujian masa Individu Kejohanan Lumba Basikal Asia 2018, Dr Norhasmat Abdul Aziz, di pejabatnya di sini.
Dr Norhasmat, merupakan Ketua Penolong Setiausaha (Dasar dan Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan) Bahagian Cukai, Kementerian Kewangan, menjuarai kategori tersebut dalam kejohanan yang berlangsung di Nay Pyi Taw, Myanmar pada 9 Feb lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2018
Kadar dividen tersebut serta kadar 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah seperti diisytiharkan pada 10 Feb lepas adalah hasil pelaburan yang dibuat KWSP di dalam dan luar negara. - Astro AWANI / Shahir Omar
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Keuntungan bersih TNB meningkat kepada RM1.44 bilion pada suku kedua
Antara faktor kenaikan ialah keuntungan operasi lebih tinggi, pertukaran asing yang menggalakkan dan kos kewangan bersih lebih rendah.
Untung bersih CelcomDigi RM406.02 juta pada suku kedua, umum dividen 3.5 sen
Bagaimanapun, perolehan CelcomDigi berkurang 2.0 peratus kepada RM3.10 bilion berbanding RM3.12 bilion bagi tempoh yang sama.
CBP umum 6.5 peratus dividen bagi tahun kewangan 2023
CBP) hari ini mengumumkan kadar dividen bagi Syer Biasa adalah sebanyak 6.50 peratus dan Syer Keutamaan (iRCPS) sebanyak 6.78 peratus bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2023.
KWSP dijangka mampu capai pulangan yang sama pada 2024 - Ahli akademik
Williams yakin cabaran pada 2024 adalah lebih kurang sama seperti tahun sebelumnya dan KWSP akan berpeluang meningkatkan prestasinya.
KWSP umum dividen konvensional 5.5 peratus, shariah 5.4 peratus
Jumlah agihan bagi simpanan konvensional melibatkan RM50.33 bilion manakala RM7.48 bilion bagi simpanan shariah.
Dividen Tabung Haji dijangka umum April ini - Mohd Na'im
Pengumuman dan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2023 dijangka pada April ini iaitu setelah audit penuh dijalankan.
Petronas akan bayar dividen RM40 bilion kepada kerajaan tahun ini
Liza berkata pembayaran dividen itu dibuat berdasarkan kepada kemampuan Petronas.
Untung bersih Mr D.I.Y. naik kepada RM150.32 juta pada suku kedua
Perolehan turut naik kepada RM1.10 bilion daripada RM1.05 bilion sebelum ini, didorong oleh sumbangan positif daripada kedai baharu.
Syarikat MKD sumbang lebih RM50 bilion sebagai dividen kepada kerajaan pada 2022 - Ahmad Maslan
Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) menyumbang RM50.7 bilion daripada keuntungan bersih bagi tahun kewangan 2022 sebagai dividen kepada kerajaan.
Koperasi Angkatan Tentera umum dividen 7 peratus
Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) hari ini mengumumkan pulangan dividen tujuh peratus kepada 156,156 anggotanya membabitkan pembayaran sebanyak RM130.4 juta bagi tahun 2022.