KUALA LUMPUR: Firma Jepun telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada projek keretapi berkelajuan tinggi (HSR) yang akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura, lapor agensi berita Kyodo News pada Khamis.
Memetik beberapa sumber Kerajaan Jepun dan Malaysia, serta syarikat swasta yang terlibat, laporan itu menyebut, penarikan diri daripada projek tersebut adalah kerana ia mempunyai risiko yang besar kerana tiada jaminan kewangan dari pihak Kerajaan Malaysia.
Antara syarikat yang terbabit, termasuk East Japan Railway Co, sebelum ini menzahirkan harapan agar dapat mengguna sistem keretapi peluru Shinkansen dalam projek HSR tersebut.
Dengan penarikan diri syarikat Jepun, pembangunan HSR itu bakal memberi ruang yang lebih luas kepada syarikat China untuk memperkukuhkan lagi tapak mereka dalam pembinaan infrastruktur di Asia Timur, selepas mereka selesai membina laluan keretapi berkelajuan tinggi di Indonesia, dan kini sedang membida untuk projek yang sama di Thailand.
Menurut laporan media sebelum ini 15 Januari depan adalah tarikh akhir untuk syarikat yang berminat membuat pembidaan, yang prosesnya telah dimulakan Kerajaan Malaysia pada Julai 2023.
Projek itu dikatakan akan menelan belanja sekitar RM100 bilion, tetapi Kerajaan Malaysia berhasrat untuk memberi laluan kepada pembiayaan kewangan, berbanding menyediakan jaminan Kerajaan atau memanjangkan jaminan hutang.
Dengan pengunduran syarikat Jepun, sumber tersebut memberitahu, beberapa syarikat tempatan akan berganding bahu dengan firma China dan Eropah untuk membuat pembidaan.
Malaysia dan Singapura sebelum ini telah memeterai perjanjian awal pada 2013, yang akan merangkumi pembinaan laluan keretapi berkelajuan tinggi sejauh 350 kilometer, yang mampu memendekkan jarak perjalanan antara kedua-dua bandar raya tersebut kepada 90 minit, berbanding empat jam perjalanan menggunakan kereta.
Pada 2021, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membatalkan projek tersebut susulan beban kewangan yang dihadapi Kerajaan Malaysia, namun Perdana Menteri ketika ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memulakan kembali projek tersebut. - Agensi
Astro Awani
Fri Jan 12 2024
Dengan pengunduran syarikat Jepun, sumber tersebut memberitahu, beberapa syarikat tempatan akan berganding bahu dengan firma China dan Eropah untuk membuat pembidaan. - Gambar fail/myhsr.com
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketegangan di Asia Barat
Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
KL, Negeri Sembilan catat peningkatan pembaziran makanan pada Ramadan 2023
Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan direkodkaan sebagai dua negeri yang mencatatkan peningkatan pembaziran makanan pada bulan Ramadan tahun lalu.
Penilaian cadangan konsep HSR fokus untuk minimumkan implikasi kewangan kerajaan - Anthony
Kementerian Pengangkutan akan meneliti cadangan konsep projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dengan fokus untuk meminimumkan implikasi kewangan kepada kerajaan.
Pengundian semula Pemilu 2024 di Kuala Lumpur berjalan lancar, terkawal
Proses pengundian semula melibatkan 22 Tempat Pemungutan Suara (TPS) dan 120 KSK atau peti undi bergerak.
Aura Cakra Khan memukau penonton di konsert 'Live' KL
Walaupun beraksi selama tiga jam, Cakra Khan mendendangkan lagu-lagu balada yang membuai perasaan dengan suara serak basahnya.
Turkmenistan Airlines perkenal laluan Ashgabat-KL
Turkmenistan Airlines sedang mengembangkan rangkaian antarabangsanya dengan memperkenalkan empat laluan baharu, termasuk satu ke Kuala Lumpur.
Penyediaan kawasan lapang di Kuala Lumpur perlu lebih kreatif untuk dimajukan - DBKL
Pengarah Eksekutif (Perancangan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Zulkurnain Hassan berkata DBKL tidak boleh memaksa pihak pemaju menyerahkan tanah secara percuma dalam semua keadaan.
Persempadanan Selangor, Kuala Lumpur dimuktamad 2025 - Amirudin
Persempadanan kawasan antara Selangor dan Kuala Lumpur akan dimuktamadkan pada 2025, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.