KUALA LUMPUR: Kerugian bersih Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk suku ketiga berakhir 30 Sept 2022 menurun dengan ketara kepada RM9.04 juta berbanding RM182.32 juta disebabkan lonjakan jumlah penumpang yang meningkatkan pendapatan dengan ketara.
Hasil melonjak 87.2 peratus kepada RM863.61 juta daripada RM461.33 juta dalam persekitaran trafik yang kukuh berikutan pelonggaran protokol perjalanan, tempoh cuti musim panas dan sekolah, musim haji, serta penyambungan semula perkhidmatan dan operasi syarikat penerbangan, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Secara keseluruhan, operasi Malaysia mencatatkan peningkatan ketara dalam hasil sebanyak 212.2 peratus daripada RM151.3 juta kepada RM472.4 juta, manakala hasil daripada operasi Turkiye dan Qatar meningkat sebanyak 27.1 peratus daripada RM287.9 juta kepada RM365.8 juta dan 14.9 peratus daripada RM22.1 juta kepada RM25.4 juta.
MAHB berkata hasil daripada operasi lapangan terbang melonjak sebanyak 96.5 peratus kepada RM799.3 juta, manakala pendapatan segmen aeronautik meningkat daripada RM233.4 juta kepada RM449.8 juta disokong jumlah trafik penumpang sebanyak 24 juta penumpang berbanding 9.9 juta penumpang dalam suku yang sama pada tahun sebelumnya.
Trafik penumpang operasi Malaysia meningkat dengan ketara kepada 14.9 juta daripada 1.0 juta penumpang sebelum ini, manakala operasi Turkiye terus menunjukkan pemulihan dalam trafik penumpang daripada 8.9 juta kepada 9.1 juta penumpang dalam tempoh yang sama.
Hasil segmen bukan aeronautik meningkat daripada RM173.3 juta kepada RM349.5 juta, sebahagian besarnya disebabkan oleh sumbangan lebih baik hasil komersial daripada operasi Malaysia dan Turkiye.
Sementara itu, hasil daripada operasi bukan lapangan terbang meningkat 17.8 peratus daripada RM54.6 juta kepada RM64.3 juta disebabkan hasil yang lebih tinggi daripada perniagaan penyelenggaraan projek dan pembaikan serta hotel.
Pergerakan keseluruhan penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen juga terus mencatatkan pertumbuhan kerana ia merekodkan bahagian yang lebih besar daripada campuran penumpang antarabangsa dan domestik pada September 2022.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) meramalkan trafik global 2022 akan mencapai 82.4 peratus daripada tahap sebelum COVID.
"Prospek bagi industri penerbangan negara bertambah baik dari hari ke hari kerana pemain industri bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk memastikan Malaysia menerima kira-kira 10 juta pelancong antarabangsa menjelang akhir tahun," kata MAHB.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022
Kerugian bersih MAHB untuk suku ketiga berakhir 30 Sept 2022 menurun dengan ketara kepada RM9.04 juta berbanding RM182.32 juta. -Gambar fail
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini.
Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan
Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke sela
Tumpuan Ahad - 05 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
10 Berita Pilihan - (04 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
AWANI Ringkas: Bersih anjurkan kongres Mei depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
Perkhidmatan jet di Subang mula beroperasi pada suku ketiga 2024 - Menteri Pengangkutan
Perkhidmatan jet di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Proses pendigitalan kendali penumpang MAHB dijangka siap menjelang 2025 - MOT
Inisiatif yang dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada 2025 itu turut meliputi pemasangan kios layan diri dan perkhidmatan bagasi layan diri secara berperingkat.
Perjanjian operasi baharu MAHB dan kerajaan kukuhkan prospek pendapatan - Penganalisis
Perjanjian operasi (OA) antara Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan kerajaan yang dimeterai baru-baru ini dilihat dirancang dengan baik untuk melindungi pendapatan dan aliran tunai MAHB.
MoT sasar siapkan projek Aerotren KLIA menjelang akhir tahun ini - Loke
Beliau berkata, projek berkenaan sedang dilaksanakan memandangkan kontrak itu telah dirundingkan semula dan konsortium yang menjalankan projek itu telah ditubuhkan.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
MAHB dijangka jana hasil tinggi daripada semakan semula dasar PSC - HLIB
HLIB yakin ia akan beri impak positif kerana ia menambah baik aliran tunai dan membolehkan perbelanjaan modal perbelanjaan lebih tinggi.
Untung bersih Malaysia Airports melonjak kepada RM543.17 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan bersih Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkat kepada RM543.17 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 (tahun kewangan 2023) daripada RM187.20 juta pada tahun kewangan 2022 d
MAHB terima lima syarikat penerbangan antarabangsa baharu ke Malaysia pada Januari, Februari 2024
Antara syarikat penerbangan itu ialah Air Macau, Loong Air, Turkmenistan Airlines dan Iraqi Airways.
MAHB jangka banyak syarikat penerbangan teroka pasaran Malaysia menjelang suku pertama 2025
MAHB menjangkakan lebih banyak syarikat penerbangan meneroka pasaran industri penerbangan Malaysia di antara suku keempat 2024 dan suku pertama tahun depan.
Pembuat keputusan syarikat penerbangan manfaatkan peluang di Routes Asia 2024
Routes Asia 2024 menghimpunkan lebih 900 pembuat keputusan daripada syarikat penerbangan, lapangan terbang dan destinasi.