KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG) bertindak mengukuhkan lagi komitmennya dalam menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 selain menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab untuk Asia dan kawasan sekitarnya.
Dalam kenyataannya pada Selasa, MAG berkata menerusi 248 penerbangan rangkaian domestik dan antarabangsa Malaysia Airlines dan Firefly yang berlepas dari Kuala Lumpur, Subang dan Pulau Pinang, juga membolehkannya memanfaatkan peranan sebagai syarikat penerbangan nasional bagi meletakkan Malaysia sebagai hab pelancongan dan penerbangan ASEAN yang sebenar.
Sehubungan itu, MAG menerusi kempen Jualan Khas Percutian Malaysia Airlines, kini menawarkan tambang sehala domestik serendah RM79 menerusi kelas ekonomi ke destinasi termasuk Alor Setar, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Kuantan manakala tambang kelas perniagaan bermula daripada RM408.
"Tawaran bagi tempoh perjalanan masa terdekat dan sehingga 30 Nov, 2024, turut meliputi tambang sehala bagi destinasi ASEAN iaitu ke Bangkok, Ho Chin Minh, Surabaya dan Bali bermula daripada RM219 bagi kelas ekonomi dan RM699 untuk kelas perniagaan.
"Kalangan pengembara juga boleh memanfaatkan tambang sehala ke London, salah satu destinasi antarabangsa paling popular bagi Malaysia Airlines pada harga serendah RM1,744 atau perjalanan tanpa visa ke China (untuk perjalanan sehingga 15 hari) pada harga daripada RM732," katanya.
Penerbangan Firefly pula membabitkan perjalanan dari Subang ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu pada harga serendah RM119 serta dari Pulau Pinang ke Kota Kinabalu, Kuching, Singapura dan Bangkok daripada RM99, kata MAG.
Maklumat lanjut mengenai tawaran itu boleh diperoleh menerusi laman sesawang Malaysia Airlines di www.malaysiaairlines.com.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
MAG bertindak mengukuhkan lagi komitmennya dalam menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 selain menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab untuk Asia dan kawasan sekitarnya.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
AWANI Ringkas: 10 kes strok haba di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
MAG tawar diskaun tambang pada MATTA Fair 2024
Malaysia Airlines mempamerkan barisan produk dan perkhidmatannya yang disukai ramai, termasuk perkongsian dengan Manchester United.
MAG tawar tambang serendah RM79 sempena Tahun Melawat Malaysia 2026
Malaysia Aviation Group (MAG) bertindak mengukuhkan lagi komitmennya dalam menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 selain menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab untuk Asia dan kawasan sekitarnya.
MAG perkenal 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk A330neo pertama pada suku ketiga
Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) akan menambah jumlah pesawatnya dengan memperkenalkan 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk Airbus 330-900 (A330neo) pertamanya.
Malaysia Aviation Group perkenal seragam baharu, lebih moden
Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini melancarkan pakaian seragam darat baharu untuk petugas barisan hadapan cabang pengendalian daratnya, AeroDarat Services (ADS).
MAG terima penghantaran pertama pesawat Boeing 737-8
MAG berkata pesawat itu sebahagian daripada strategi pemodenan barisan pesawat kumpulan itu bagi meningkatkan pengalaman pelanggan.
Malaysia Airlines sambung sepenuhnya tawaran perkhidmatan dalam penerbangan
Malaysia Airlines menyambung semula sepenuhnya perkhidmatan dalam penerbangan bagi semua sektor susulan pertukaran katering yang berkuat kuasa 1 Sept 2023.
Malaysia Airlines bakal peroleh 25 pesawat baharu Boeing 737-8 melalui ALC
Pesawat tersebut mampu meningkatkan kecekapan penggunaan minyak sehingga 15 peratus, sejajar dengan pelan kemampanan Malaysia Airlines.
Malaysia Airlines terima pesawat 737-8 bulan ini
Pesawat baharu itu memaparkan pelbagai penambahbaikan menarik sebagai sebahagian daripada rancangan pemodenan pesawat Malaysia Aviation Group.
Tamat kontrak dengan Brahim's Food, MAG laksana BCP sediakan F&B atas penerbangan
Syarikat induk MAB, Malaysia Aviation Group akan mengaktifkan Pelan Kelangsungan Perniagaan, bagi memastikan meneruskan perkhidmatan makanan dalam penerbangan bagi laluan terpilih, mulai 1 Sept.