KUALA LUMPUR: Syarikat induk syarikat penerbangan Malaysia Airlines, Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini menerima penghantaran pesawat Boeing 737-8 pertamanya.
MAG berkata pesawat itu merupakan sebahagian daripada strategi pemodenan barisan pesawat kumpulan itu bagi meningkatkan pengalaman para pelanggan, kecekapan operasi dan memenuhi keperluan pertumbuhan rangkaian masa depan.
Ia mempunyai nilai perolehan kontrak 25 unit pesawat 737-8 melalui pajakan operasinya dengan Air Lease Corporation, yang akan dihantar secara beransur-ansur sehingga 2026.
"Pesawat itu, yang mempunyai nombor pendaftaran 9M-MVA, berlepas dari Pusat Penghantaran Boeing Seattle Isnin lepas pada 10.20 pagi waktu tempatan ke Honolulu dan Guam (Amerika Syarikat) sebelum meneruskan penerbangan pulang ke Malaysia.
"Penerbangan MH5041 itu yang diterbangkan oleh Kapten Mohd Ezaddin Roslan, Kapten Izahariman Ibrahim dan Kapten Arian Syazwara Adenan, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10.30 pagi dengan jumlah masa penerbangan selama 21 jam 45 minit," kata kumpulan syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.
Dihiasi dengan 'livery' bendera Malaysia yang dibanggakan serta motif songket dan logo wau, MAG berkata ketibaan pesawat itu disambut dengan semburan air dan dijadualkan melakukan penerbangan komersial sulungnya pada 20 Nov dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.
Menurut MAG, pesawat 737-8 itu mempunyai ciri hiburan dalam penerbangan tanpa wayar yang canggih, mempamerkan pelbagai jenis kandungan yang ditetapkan bagi meningkatkan pengalaman hiburan dalam penerbangan kepada penumpang dengan pilihan yang mencukupi.
Sama seperti pesawat B737-800 NG, 737-8 akan menawarkan konfigurasi tempat duduk yang terdiri daripada 12 tempat duduk dalam kelas perniagaan dan 162 tempat duduk dalam kelas ekonomi, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023
MAG berkata pesawat itu sebahagian daripada strategi pemodenan barisan pesawat kumpulan itu bagi meningkatkan pengalaman pelanggan.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
MAG tawar diskaun tambang pada MATTA Fair 2024
Malaysia Airlines mempamerkan barisan produk dan perkhidmatannya yang disukai ramai, termasuk perkongsian dengan Manchester United.
MAG tawar tambang serendah RM79 sempena Tahun Melawat Malaysia 2026
Malaysia Aviation Group (MAG) bertindak mengukuhkan lagi komitmennya dalam menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 selain menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab untuk Asia dan kawasan sekitarnya.
MAG perkenal 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk A330neo pertama pada suku ketiga
Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) akan menambah jumlah pesawatnya dengan memperkenalkan 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk Airbus 330-900 (A330neo) pertamanya.
Malaysia Aviation Group perkenal seragam baharu, lebih moden
Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini melancarkan pakaian seragam darat baharu untuk petugas barisan hadapan cabang pengendalian daratnya, AeroDarat Services (ADS).
MAG terima penghantaran pertama pesawat Boeing 737-8
MAG berkata pesawat itu sebahagian daripada strategi pemodenan barisan pesawat kumpulan itu bagi meningkatkan pengalaman pelanggan.
Malaysia Airlines sambung sepenuhnya tawaran perkhidmatan dalam penerbangan
Malaysia Airlines menyambung semula sepenuhnya perkhidmatan dalam penerbangan bagi semua sektor susulan pertukaran katering yang berkuat kuasa 1 Sept 2023.
Malaysia Airlines bakal peroleh 25 pesawat baharu Boeing 737-8 melalui ALC
Pesawat tersebut mampu meningkatkan kecekapan penggunaan minyak sehingga 15 peratus, sejajar dengan pelan kemampanan Malaysia Airlines.
Malaysia Airlines terima pesawat 737-8 bulan ini
Pesawat baharu itu memaparkan pelbagai penambahbaikan menarik sebagai sebahagian daripada rancangan pemodenan pesawat Malaysia Aviation Group.
Tamat kontrak dengan Brahim's Food, MAG laksana BCP sediakan F&B atas penerbangan
Syarikat induk MAB, Malaysia Aviation Group akan mengaktifkan Pelan Kelangsungan Perniagaan, bagi memastikan meneruskan perkhidmatan makanan dalam penerbangan bagi laluan terpilih, mulai 1 Sept.
Malaysia Airlines terima pesawat baharu 737-8 bulan depan
Pesawat baharu 737-8 tampil pesona yang lebih segar dan ciri-ciri kabin sofistikated.