KUALA LUMPUR: Malaysia telah menarik sejumlah RM42.8 bilion (AS$10.2 bilion) untuk pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama, melibatkan 910 projek antara Januari dan Mac 2022.
Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam kenyataan hari ini, pelaburan langsung asing (FDI) kekal sebagai penyumbang utama, sebanyak 65 peratus atau RM27.8 bilion (AS$6.6 bilion) manakala pelaburan daripada sumber domestik menyumbang 35 peratus berjumlah RM15 bilion (AS$3.6 bilion).
"Pelaburan yang diluluskan dalam tempoh ini akan mewujudkan 24,906 pekerjaan baharu di negara ini," katanya.
Sektor pembuatan terus memainkan peranan penting dalam memacu pemulihan ekonomi negara dalam tempoh tersebut, menyumbang lebih daripada separuh (70.1 peratus) daripada jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM30 bilion (AS$7.1 bilion), diikuti sektor perkhidmatan sebanyak RM12.7 bilion (AS$3 bilion, 29.7 peratus) dan sektor utama sebanyak RM100 juta (AS$40.4 juta, 0.2 peratus).
"Daripada jumlah FDI yang diluluskan, Jerman mendominasi dengan pelaburan berjumlah RM8.9 bilion (AS$2.1 bilion, 32 peratus), diikuti Brunei sebanyak RM5.1 bilion (AS$1.2 bilion, 18.3 peratus), AS RM3.9 bilion (AS$900 juta, 14 peratus), Hong Kong RM3.3 bilion (AS$ 800 juta, 11.9 peratus) dan Jepun RM3.2 bilion (AS$800 juta, 11.5 peratus)," katanya.
Bagi projek yang diluluskan mengikut negeri, katanya lima negeri utama, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Sabah dan Johor, menyumbang RM31.8 bilion (AS$7.6 bilion, 74.3 peratus) daripada jumlah pelaburan yang diluluskan dari Januari hingga Mac 2022.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang menarik kepada pelabur global dengan sektor pembuatan mengekalkan kedudukannya sebagai tonggak utama ekonomi bagi 2022 yang menjana kesan pengganda yang ketara kepada pertumbuhan negara.
"Hari ini, kita berbangga mempunyai lebih 5,000 syarikat dari lebih 40 negara yang menjadikan Malaysia sebagai lokasi mereka untuk operasi pembuatan dan perkhidmatan yang berkaitan," katanya.
Beliau berkata Malaysia akan terus memberi tumpuan kepada pertumbuhan tinggi dan sektor dengan nilai tambah tinggi yang menawarkan peluang pekerjaan yang menarik kepada rakyat Malaysia.
"Sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12, Malaysia telah memperoleh pelaburan baharu yang berada dalam kedudukan yang baik dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) serta prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) negara.
"Ini akan menjadikan kita berada dalam kedudukan yang baik untuk meraih lebih banyak peluang ekonomi. Kami berharap untuk menyaksikan pertumbuhan yang lebih ketara pada suku kedua 2022," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022
Daripada jumlah FDI yang diluluskan, Jerman mendominasi dengan pelaburan berjumlah RM8.9 bilion (AS$2.1 bilion, 32 peratus), diikuti Brunei sebanyak RM5.1 bilion (AS$1.2 bilion, 18.3 peratus) dan AS RM3.9 bilion (AS$900 juta, 14 peratus).
Jabatan Perbendaharaan AS lawat Malaysia, Singapura minggu depan
Pegawai tertinggi sekatan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) akan ke Singapura dan Malaysia minggu depan, dalam usaha menyekat saluran dana kepada Iran dan proksinya selain pengelakan sekatan terhadap Russia.
PM Anwar rasmi Taman Rekreasi Madani Woodlands
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Taman Rekreasi Madani Woodlands di Ipoh bagi kemudahan rekreasi dan riadah orang ramai.
Isu boikot: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan
Ia susulan kenyataan Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh yang berkata tindakan boikot terhadap kedai serbaneka KK Mart , sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.
ASNB lancar platform Ria, raih RM6 juta pelaburan
ASNB melancarkan Penasihat Pelaburan Robo (Ria) secara berperingkat sejak 11 Mac lalu menerima 60,000 pengguna platform itu.
AWANI Ringkas: Penumpang selamat, pesawat ringan terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat Cessna 172N Skyhawk erhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.
PIP akan lengkapkan operasi NBCT Pulau Pinang
Perlis Inland Port (PIP) akan melengkapkan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang apabila ia memulakan operasi fasa pertama tahun depan.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Moh Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik - Fahmi
Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
Pelaburan bernilai RM329.5 bilion pada 2023 adalah tertinggi sejak penubuhan MIDA - Arham
Malaysia berjaya meraih pelaburan bernilai RM329.5 bilion tahun lepas, yang tertinggi sejak penubuhan MIDA pada 1967.
MIDA lantik Sikh Shamsul Ibrahim sebagai CEO baharu
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melantik Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 18 April, 2024.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
MIDA lulus 4,230 projek teknologi hijau RM41 bilion sehingga 2023
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan sebanyak 4,230 projek teknologi hijau bernilai RM41 bilion sehingga 2023.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia atasi Thailand, China daripada segi persekitaran pelaburan
Malaysia atasi Thailand, China daripada segi persekitaran pelaburan
Negeri Sembilan capai sasaran, catat pelaburan RM10.1 bilion tahun lepas - Aminuddin
Berdasarkan rekod kelulusan MIDA, pelaburan pada 2023 menunjukkan lonjakan 13 peratus berbanding RM8.9 bilion pada tahun sebelumnya.
MITI-MIDA rancang kerjasama dengan institusi China rancakkan pelaburan dua hala
Tengku Zafrul berkata ia bertujuan mengukuhkan aliran pelaburan selain menggalakkan syarikat China meneroka peluang di Malaysia.
Lebih 85 peratus projek perkilangan dilulus telah dilaksanakan - Tengku Zafrul
Lebih 85 peratus projek perkilangan yang diluluskan bagi tempoh 2021 hingga 2023 telah dilaksanakan setakat ini yang diterajui oleh MITI dan MIDA.
Melaka raih pelaburan diluluskan RM4.77 bilion pada suku ketiga 2023
Melaka berjaya meraih pelaburan diluluskan berjumlah RM4.77 bilion dalam suku ketiga 2023, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.