KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melantik Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 18 April, 2024.
Menurut kenyataan MIDA pada Selasa, Sikh Shamsul Ibrahim akan menggantikan Datuk Arham Abdul Rahman yang bersara pada 17 April.
"Sejak menyertai MIDA pada 1996, Sikh Shamsul Ibrahim telah memegang pelbagai peranan kepimpinan, termasuk pengarah eksekutif bagi pembangunan pembuatan dan penggalakan pelaburan, dan terbaru sebagai pengarah eksekutif kanan advokasi polisi pelaburan.
"Beliau memberikan perkhidmatan dedikasi kira-kira 28 tahun kepada MIDA, dengan melaksanakan peranan penting dalam menentukan hala tuju strategik agensi ini dan menambah baik persekitaran pelaburan Malaysia," jelas MIDA.
MIDA memaklumkan bahawa Sikh Shamsul Ibrahim mengetuai inisiatif yang secara signifikan meningkatkan pelaburan domestik dan asing, menunjukkan pemahamannya yang mendalam mengenai aliran ekonomi dan advokasi polisi.
"Pelantikan strategik ini membuktikan komitmen MIDA untuk memupuk pertumbuhan ekonomi dan kepelbagaian, sejajar dengan misi membina ekosistem pelaburan yang dinamik dan mampan bagi menarik pelaburan berkualiti," tambah agensi itu.
Sementara itu, MIDA turut memuji Arham berikutan memainkan peranan penting dalam meneraju agensi itu ke arah pencapaian cemerlang sejak menjadi CEO pada 1 April 2021.
"Di bawah kepimpinannya, MIDA telah menyaksikan pencapaian bersejarah dari segi pelaburan yang diluluskan dan pertumbuhan yang belum pernah dicatatkan sebelum ini dalam bidang seperti pelaburan berteknologi tinggi dan transformasi digital.
"Semua ini telah melonjakkan daya tahan ekonomi dan daya saing Malaysia di peringkat global," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024
Sejak menyertai MIDA pada 1996, Sikh Shamsul Ibrahim (gambar) telah memegang pelbagai peranan kepimpinan, termasuk pengarah eksekutif bagi pembangunan pembuatan dan penggalakan pelaburan. - Foto MIDA
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa perbezaan pendapat atau khilaf dalam kalangan ulama boleh menjadi satu 'rahmat' dan membawa kebaikan sekiranya ia dikawal dan dijaga dengan baik
PM yakin kerajaan mampu laksana kenaikan gaji penjawat awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peningkatan gaji penjawat awam mulai Disember tahun ini mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan
Onn Hafiz harap ramai anak Johor di perantauan pulang sumbang bakti
Pelbagai usaha sedang giat dijalankan pihak kerajaan negeri bagi menarik minat anak jati Johor di perantauan itu.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya dalam teknologi itu - PM
Jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Pelaburan bernilai RM329.5 bilion pada 2023 adalah tertinggi sejak penubuhan MIDA - Arham
Malaysia berjaya meraih pelaburan bernilai RM329.5 bilion tahun lepas, yang tertinggi sejak penubuhan MIDA pada 1967.
MIDA lantik Sikh Shamsul Ibrahim sebagai CEO baharu
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melantik Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 18 April, 2024.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
MIDA lulus 4,230 projek teknologi hijau RM41 bilion sehingga 2023
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan sebanyak 4,230 projek teknologi hijau bernilai RM41 bilion sehingga 2023.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia atasi Thailand, China daripada segi persekitaran pelaburan
Malaysia atasi Thailand, China daripada segi persekitaran pelaburan
Negeri Sembilan capai sasaran, catat pelaburan RM10.1 bilion tahun lepas - Aminuddin
Berdasarkan rekod kelulusan MIDA, pelaburan pada 2023 menunjukkan lonjakan 13 peratus berbanding RM8.9 bilion pada tahun sebelumnya.
MITI-MIDA rancang kerjasama dengan institusi China rancakkan pelaburan dua hala
Tengku Zafrul berkata ia bertujuan mengukuhkan aliran pelaburan selain menggalakkan syarikat China meneroka peluang di Malaysia.
Lebih 85 peratus projek perkilangan dilulus telah dilaksanakan - Tengku Zafrul
Lebih 85 peratus projek perkilangan yang diluluskan bagi tempoh 2021 hingga 2023 telah dilaksanakan setakat ini yang diterajui oleh MITI dan MIDA.
Melaka raih pelaburan diluluskan RM4.77 bilion pada suku ketiga 2023
Melaka berjaya meraih pelaburan diluluskan berjumlah RM4.77 bilion dalam suku ketiga 2023, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.