Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mahu usahawan Malaysia mengambil peluang menyertai indusri makanan dan minuman (F&B) Arab Saudi sekali gus berharap eksport kategori itu ke negara tersebut mencapai pertumbuhan dua angka.
Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, eksport F&B Malaysia ke Arab Saudi hanya 10 peratus daripada eksport keseluruhan ke negara itu, bernilai RM3 bilion pada tahun lepas.
Beliau berkata potensi di Arab Saudi perlu diteroka memandangkan banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia terlibat dalam F&B.
"Dengan penambahan kemudahan di Mekah, Arab Saudi mungkin membenarkan lebih ramai individu menunaikan ibadah umrah dan haji.
"Potensi itu sangat besar, eksport F&B Malaysia perlu berkembang sebanyak dua angka daripada kira-kira RM300 juta, yang mana merupakan asas yang rendah," katanya kepada pemberita selepas pelancaran 'Upward Migration and Acceleration Programme' (program i-SMART) SME Bank di sini, pada Jumaat.
Mustapa juga mahu semua pihak berkaitan PKS dan syarikat permulaan menyepadukan usaha mereka supaya mampu bergerak ke peringkat lebih tinggi.
"PKS Malaysia adalah dinamik, namun dalam keadaan persekitaran ekonomi antarabangsa tidak menentu, diharapkan inilah masanya untuk mengkaji semula Pelan Induk PKS...berkaitan sasaran khusus, seperti sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, pekerjaan dan pencapaian eksport," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata, bank itu akan mengenal pasti usahawan yang layak untuk dibimbing menerusi program i-SMART.
Miti memperuntukkan RM60 juta untuk program i-SMART melalui SME Bank yang berperanan sebagai agensi pelaksana.
Program itu menganjakkan tahap perniagaan usahawan PKS terpilih ke peringkat global.
Berasaskan Skim Anjakan Usahawan (SAU), i-SMART juga berhasrat menghasilkan usahawan PKS yang mampu bersaing di persada antarabangsa melalui program yang menekankan pengurusan kewangan yang efektif, pembangunan kapasiti, pemasaran strategik, bantuan pemudah cara dan lain-lain daripada SME Bank.
"Antara kriteria utama bagi pemilihan usahawan ialah rekod pencapaian perniagaan mereka perlu menunjukkan keuntungan bagi tiga tahun berturut-turut, pertumbuhan jualan berterusan, perniagaan patuh syariah, milik bumiputera sekurang-kurangnya 51 peratus, dan mencapai paras minimun skor penarafan risiko ditetapkan Perbadanan PKS Malaysia," katanya.
Beliau berkata dana bernilai RM60 juta itu akan diagihkan dalam tempoh tiga tahun, bergantung kepada keperluan perniagaan syarikat.
Sebanyak tujuh usahawan dipilih untuk menyertai program i-SMART pada peringkat awal.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2017
MUSTAPA: Miti mahu usahawan Malaysia mengambil peluang menyertai indusri F&B Arab Saudi dan eksport mencapai pertumbuhan dua angka. - Gambar fail
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
Subsidi bersasar penting untuk hadapi inflasi jangka panjang - Tok Pa
Jelasnya, ketika ini kerajaan memberi tumpuan terhadap subsidi bersasar minyak petrol.
Kerajaan fokus hapus kemiskinan tegar menjelang 2025 - Mustapa
Usaha tersebut adalah antara tiga fokus yang digariskan dalam laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia ke-25 yang diterbitkan oleh Bank Dunia.
Buku RMK-12: UPE JPM tidak pernah belanja RM2 bilion - Mustapa
Ia sekali gus menafikan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan usul RMK-12 di Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan akan umum kos pampasan pembatalan HSR - Mustapa
Wang yang akan digunakan adalah wang rakyat, justeru jumlahnya akan didedahkan.
RMK-12: Kerajaan pergiat libat urus dengan pihak berkaitan
Menurut Datuk Seri Mustapa Mohamed, pandemik COVID-19 juga turut memberi kesan besar kepada landskap ekonomi global termasuk Malaysia.
Kerjasama Kerajaan Pusat dan negeri tangani masalah kemiskinan di Sabah
Kerajaan Persekutuan akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi melihat kaedah-kaedah baharu yang lebih kreatif dan inovatif bagi memastikan masalah kemiskinan di Sabah dapat ditangani.
Laporan petugas khas mengenai isu Felda diputuskan Oktober ini
Laporan petugas khas mengenai isu-isu berkaitan Felda akan diputuskan kerajaan pada pertengahan Oktober ini.
Pemerkasaan agenda Bumiputera perlu inisiatif yang berani, radikal - Mustapa
Pemerkasaan agenda bumiputera memerlukan pelaksanaan strategi dan inisiatif yang berani dan radikal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
RM59.8 bilion bayaran hasil petroleum dibuat kepada empat negeri sepanjang 2008 - 2019
Bayaran tunai hasil petroleum yang dibayar kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan mencecah hampir RM59.8 bilion dalam tempoh 2008 hingga 2019.
Isu Eagle High-Felda telah dibawa ke prosiding timbang tara di Singapura
Isu berkaitan PT Eagle High Plantations TPK (Eagle High) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah dibawa ke Prosiding Timbang Tara di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura.