KUALA LUMPUR: Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih untuk ekuiti tempatan di Bursa Malaysia minggu lepas walaupun aliran masuk telah menurun kepada RM6.6 juta daripada RM14.0 juta bersih yang dibeli pada minggu sebelumnya.
Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata para pelabur memulakan urus niaga minggu lepas sebagai pembeli bersih, memperoleh RM20.8 juta bersih ekuiti tempatan pada hari Isnin dan seterusnya sebanyak RM96.6 juta pada hari Selasa - aliran masuk dana asing harian tertinggi sejak 18 Jun tahun ini.
"Nampaknya kelonggaran sekatan pergerakan terbaru bagi individu yang telah mendapat vaksin lengkap menghidupkan kembali pergerakan tematik yang berkaitan dengan pemulihan ekonomi dan ini terbukti dengan kenaikan harga saham membabitkan kaunter seperti Press Metal Aluminium Bhd, saham perbankan dan perladangan," katanya kepada Bernama.
Adam berkata pembelian bersih asing berterusan untuk hari keempat berturut-turut pada Rabu, menyaksikan pelabur luar pesisir membeli sejumlah RM31.8 juta bersih ekuiti tempatan.
Beliau berkata indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.1 peratus kepada 1,525.2 mata pada hari Rabu, bergerak seiring dengan trend menaik kebanyakan bursa serantau Asia yang lain kerana pelabur berusaha mencuba mempertimbangkan antara pembukaan semula ekonomi dan ancaman daripada varian Delta COVID-19 yang sangat mudah menular.
Bagaimanapun, kegiatan membeli berakhir pada Khamis dengan pelabur antarabangsa melupuskan sebanyak RM119.5 juta bersih ekuiti tempatan.
Ini sekali gus menyaksikan indeks FBM KLCI mengakhiri hari urus niaga Khamis dengan 0.7 peratus lebih rendah kepada 1,515.0 mata, sama seperti kerugian yang dipamerkan oleh rakan bursa Asia yang lain seperti Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun, katanya.
"Pasaran Asia agak terganggu apabila minit mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada bulan Julai menyatakan penghapusan rangsangan boleh berlaku tahun ini.
"Ini menyebabkan beberapa pelabur keluar daripada pasaran ekuiti dan mendapatkan aset yang lebih selamat," jelasnya.
Adam menyatakan jualan bersih berterusan pada hari Jumaat tetapi pada kadar yang lebih perlahan sebanyak RM23.1 juta bersih dan berpendapat pelabur telah mula tenang menjelang pengumuman pelantikan perdana menteri baharu Malaysia lewat hari itu.
Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan mengenai pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri kesembilan Malaysia hanya beberapa minit sebelum pasaran ditutup pada hari berkenaan.
Setakat ini, pelabur antarabangsa telah menjual sejumlah RM430.5 juta bersih ekuiti tempatan bulan ini.
Berdasarkan dari awal tahun sehingga kini pula, penjualan bersih asing di Bursa berjumlah RM6.0 bilion bersih.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 23 2021
Kegiatan membeli berakhir pada Khamis dengan pelabur antarabangsa melupuskan sebanyak RM119.5 juta bersih ekuiti tempatan. - Gambar fail
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Pelabur asing kekalkan aliran belian bersih bagi minggu keempat berturut-turut
MIDF Research berkata, Selasa lepas menyaksikan aliran masuk dana tertinggi sebanyak RM193.0 juta.
Pelabur asing beli RM524.9 juta ekuiti Malaysia pada minggu pertama 2024 - MIDF Research
MIDF Research berkata, pelabur asing mencatat aliran masuk setiap hari pada minggu lalu kecuali Selasa dengan jualan bersih RM23.3 juta.
Pelabur asing jual RM276.4 juta ekuiti Malaysia selepas lima minggu membeli - MIDF Research
Jualan bersih tertinggi berlaku pada Khamis berjumlah RM95.4 juta, diikuti oleh Isnin sebanyak RM92.5 juta.
Pelabur Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
Kedah Aerotropolis terus mendapat kepercayaan pelabur antarabangsa apabila memeterai kerjasama baharu dengan pelabur dari Itali.
Presiden Xi seru tingkatkan perpaduan demi kerjasama lebih baik di Asia Pasifik
Presiden China Xi Jinping berkata rantau Asia Pasifik tidak boleh dan tidak patut menjadi arena persaingan geopolitik.
Belian bersih pelabur asing melonjak hampir empat kali ganda - MIDF Research
Bursa Malaysia menyaksikan pelabur asing mencatatkan belian ekuiti tempatan berjumlah sehingga RM676.7 juta minggu lepas.
Kajian semula MM2H mampu tingkatkan sektor hartanah
Peningkatan pelabur asing di Malaysia berkemungkinan meningkatkan prospek dalam sektor hartanah pada 2024.
Pelabur asing rekod belian ekuiti domestik bernilai RM10.2 juta minggu lepas - MIDF
Pelabur asing merekodkan belian ekuiti domestik di Bursa Malaysia berjumlah RM10.2 juta minggu lepas.
Pelabur asing catat aliran masuk RM674 juta ekuiti Malaysia pada Sept 2023 - Maybank IB
Ia juga mewakili pembelian bersih pelabur asing bagi bulan ketiga berturut-turut, di mana mereka mencatat aliran masuk pada Julai dan Ogos.
Pelabur asing catat belian bersih ekuiti di bursa berjumlah RM23.1 juta minggu lepas - MIDF
Pelabur asing menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia selepas tiga minggu mencatatkan jualan bersih.