Pencapaian syarikat perladangan sawit terkemuka negara, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), tidak seharusnya dinilai berdasarkan prestasi kewangan semata-mata, malah perlu dilihat dari aspek yang lebih besar seperti penambahbaikkan operasi sedia ada, pelaburan jangka panjang, pengukuhan modal insan dan sumbangan sosial kepada masyarakat.
Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata jika dilihat secara keseluruhan sejak FGV disenaraikan pada 2012, banyak pencapaian yang telah diraih syarikat berkenaan, termasuk peningkatan bank tanah bukan pajakan, penghasilan pelbagai bahan tanaman bertaraf dunia menerusi kajian dan pembangunan (R&D) dan mewujudkan bahagian perdagangan minyak sawit mentah disokong aset.
Sehingga kini, FGV telah menambah 45 ribu hektar tanah bukan pajakan di Sarawak, Sabah dan Kalimantan, Indonesia.
Selain itu, katanya FGV juga telah mengembangkan operasinya ke luar negara, meningkatkan penghasilan tenaga boleh baharu, pembangunan modal insan dan menambah baik operasi ladang serta kilang.
"FGV kini merupakan pengeluar minyak sawit mentah terbesar dunia, pengendali perkhidmatan penyimpanan pukal bagi minyak boleh dimakan terbesar dunia, pengendali ladang sawit ketiga terbesar dunia, pengeluar gula bertapis terbesar di Malaysia dan banyak lagi kekuatan rantaian perniagaan yang dimiliki," katanya kepada Bernama dalam temu bual di sini.
Mohd Isa berkata dari segi prestasi kewangan, FGV mencatatkan penurunan sejak disenaraikan kerana faktor pergerakan harga minyak mentah dunia, profil umur pokok yang tua, proses tanam semula secara agresif, ketidaktentuan harga minyak mentah dunia, dan permintaan biodiesel yang lemah.
Harga gula mentah dunia turut memberi kesan secara tidak langsung kepada FGV menerusi anak syarikatnya, MSM Holdings Bhd, yang mana FGV mempunyai pegangan sebanyak 51 peratus.
"Untuk perkara lain bukan kewangan, FGV telah menampakkan perubahan yang cukup baik. Pengukuhan asas ini secara tidak langsung akan membina sebuah syarikat yang lebih mampan pada masa akan datang," katanya.
Mengenai saham FGV, Mohd Isa berkata harga saham FGV yang ketika ini lebih rendah berbanding ketika penyenaraiannya, dipengaruhi oleh sentimen pasaran yang lemah akibat tindakan sesetengah syarikat mempolitikkan isu-isu berkaitan syarikat.
"Isu-isu politik ini telah menyebabkan harga saham FGV menjadi tidak stabil berbanding syarikat perladangan lain di Malaysia," katanya.
Katanya FGV juga sering menjadi perhatian sesetengah pihak kerana mempunyai pertalian dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang kedua-dua dahulu dipengerusikannya.
"Persepsi masyarakat masih menganggap FGV sebagai syarikat di bawah Felda, dan sering berlaku salah faham apabila mengaitkan FGV dalam sebarang aktiviti yang dilakukan Felda," katanya.
Mohd Isa berkata bukan mudah untuk FGV mencapai tahap yang dikecapi sekarang, namun syarikat berkenaan sentiasa menjadi sasaran sesetengah pihak yang berfikiran negatif dan sentiasa mencari kesalahannya untuk digunakan demi kepentingan peribadi.
"Ini sangat tidak adil kepada FGV dan juga kepada pemegang sahamnya," katanya.
Katanya walaupun persepsi berkenaan sukar dihapuskan sepenuhnya, namun amat penting bagi FGV untuk sentiasa meningkatkan kesedaran pasaran dan orang awam bahawa syarikat berkenaan adalah sebuah syarikat senaraian awam dan diuruskan secara profesional mengikut undang-undang.
"FGV komited terhadap tadbir urus korporat yang baik dalam operasinya. Kami akan memastikan setiap perancangan dan keputusan perniagaan dibuat secara telus dan difahami oleh pemegang saham dan pihak berkepentingan," katanya.
Beliau berkata pelantikan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai pengerusi Felda juga sedikit sebanyak membantu untuk mengubah persepsi orang ramai, selain membantu untuk membezakan antara kedua-dua entiti berkenaan.
Sementara itu, Mohd Isa berkata selaras dengan tugas beliau sebagai pengerusi FGV, beliau akan memberi lebih fokus kepada usaha untuk menambah baik operasi syarikat tahun ini bermula di peringkat akar umbi.
"Saya akan lebih kerap turun ke lading dan kilang untuk berjumpa kakitangan bagi memperoleh maklum balas mereka. Pada saya, ini sangat penting kerana golongan ini yang menjadi tulang belakang FGV sejak dahulu lagi.
"Saya percaya jika masalah peringkat bawahan diselesaikan segera dan suara mereka sentiasa didengari, ini secara langsung akan meningkatkan moral dan semangat mereka untuk bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh," katanya.
Beliau berkata kakitangan di peringkat bawahan juga perlu dihargai kerana mereka mempunyai pengalaman yang luas setelah bekerja dengan syarikat untuk tempoh masa yang lama.
"Sudah pasti mereka mempunyai banyak cadangan dan pandangan yang boleh dikongsi di peringkat pengurusan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2017
MOHD ISA: FGV mencatatkan penurunan sejak disenaraikan antara lain kerana faktor pergerakan harga minyak mentah dunia, profil umur pokok yang tua, dan proses tanam semula secara agresif. - Bernama
AWANI Ringkas: Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [28/04/2024] – Malaysia tumpu pelaburan baharu | Pertumbuhan saksama dan inklusif | Kajian pertubuhan buruh antarabangsa | Tabung Haji teruskan bantuan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Liek Hou rangkul dua lagi emas di Sepanyol
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou terus cemerlang apabila menggondol dua pingat emas pada Kejohanan Badminton Para Sepanyol Antarabangsa II 2024 pada Sabtu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.
Fokus Minggu Depan: Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Lelaki rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang lelaki berputih mata apabila wangnya berjumlah RM13,460 lesap setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja.
Misi ditangguh, delegasi Malaysia berlepas pulang
Delegasi Malaysia dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza akan berlepas pulang malam ini.
Keputusan dicapai selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi selepas Republik Guinea-Bissau menarik balik kebenaran menggunakan bendera untuk dua kapal yang digunakan.
Laporan lanjut bersama Syaff Shukri di Istanbul.
Keputusan dicapai selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi selepas Republik Guinea-Bissau menarik balik kebenaran menggunakan bendera untuk dua kapal yang digunakan.
Laporan lanjut bersama Syaff Shukri di Istanbul.
Ustaz Wan sanggup bina tempat main boling DIY di sekolah kampung
Ustaz Wan mempunyai minat yang sangat tinggi terhadap sukan boling dan berhasrat untuk turut mengasah bakat anak muridnya.
Karnival Malaysia di New Delhi tarik 2,000 pengunjung
Pengunjung diraikan dengan persembahan kebudayaan, makanan, demonstrasi masakan, mencanting batik dan peluang merasai buah-buahan tropika Malaysia.
Anak-anak mula terima kenyataan ibu sudah tiada - Suami Nurfarahimi
"Sebagai ayah, saya menasihati mereka untuk menerima apa yang telah ditentukan Allah SWT."
RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Felda yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.
Kerajaan akan umum pendekatan baharu manfaat warga Felda
Kerajaan bakal mengumumkan beberapa pendekatan baharu yang akan memberi manfaat kepada warga Felda minggu depan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
LKAN: PM arah LTAT, Felda kemukakan laporan penuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan LTAT dan Felda mengemukakan laporan penuh berhubung prestasi mereka dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
KPF Trading dalam proses muktamadkan penstrukturan semula D'Mart - Ahmad Zahid
Ia melibatkan perbincangan model perniagaan membabitkan usaha sama dengan pemain industri yang mampu memacu pengurusan yang lebih mampan.
Laporan Ketua Audit Negara: Felda akan tingkat kecekapan operasi, tadbir urus
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan terus meningkatkan kecekapan operasi dan tadbir urus yang telus dan mengoptimumkan kecekapan produktiviti.
Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara
Ahmad Terrirudin berkata notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah difailkan hari ini.
Felda perlu tetapkan hala tuju dapat beroperasi dengan kewangan kukuh - LKAN
Laporan itu turut mencadangkan Felda untuk meningkatkan pemantauan terhadap operasi dan prestasi kewangan syarikat subsidiarinya bagi memastikan kelestarian syarikat dapat dikekalkan.
Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim
'Tiada bukti menunjukkan kod salam antara Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip berkaitan rasuah,' kata Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.