KUALA LUMPUR: Jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia sekali lagi mencecah jualan tertinggi dalam rekod pada November 2021 mencatatkan RM118.1 bilion, peningkatan 7.0 peratus tahun ke tahun, mengatasi paras yang dicapai bulan lepas sebanyak RM116.2 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan dalam perdagangan borong dan runcit itu disumbangkan oleh subsektor perdagangan borong yang mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 6.8 peratus atau RM3.6 bilion kepada RM56.3 bilion pada November 2021.
"Perdagangan runcit juga berkembang 6.7 peratus atau RM3.0 bilion kepada RM47.8 bilion. Dalam tempoh yang sama, kenderaan bermotor meningkat 8.6 peratus atau RM1.1 bilion kepada RM13.9 bilion," katanya dalam satu kenyataan prestasi perdagangan borong dan runcit, yang dikeluarkan hari ini.
Untuk perbandingan dengan bulan sebelumnya, beliau berkata nilai jualan perdagangan borong dan runcit meningkat 1.6 peratus, disokong oleh pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi termasuk perjalanan rentas negeri bermula 11 Oktober 2021.
Beralih kepada prestasi mengikut subsektor, Mohd Uzir berkata pertumbuhan subsektor perdagangan borong adalah sebanyak 6.8 peratus pada November 2021 disokong oleh lain-lain pengkhususan jualan borong yang meningkat 7.6 peratus atau RM1.6 bilion kepada RM22.1 bilion.
"Ini diikuti oleh jualan borong makanan, minuman dan tembakau dengan 11.2 peratus untuk merekodkan RM11.4 bilion," katanya.
Jualan borong bahan mentah pertanian dan haiwan hidup juga meningkat 15.5 peratus kepada RM4.7 bilion, didorong oleh harga komoditi yang lebih tinggi.
"Bagi perbandingan dengan bulan sebelumnya, jualan subsektor ini meningkat 1.0 peratus," jelasnya.
Mengulas lebih lanjut mengenai subsektor perdagangan runcit, beliau berkata kenaikan 6.7 peratus itu disumbangkan oleh jualan runcit di kedai bukan pengkhususan yang mencatatkan peningkatan 9.9 peratus atau RM1.6 bilion kepada RM17.7 bilion.
Sementara itu, kumpulan lain dalam subsektor ini turut mencatatkan pertumbuhan positif iaitu jualan runcit bahan api kenderaan (18.2 peratus), jualan runcit barangan isi rumah (6.4 peratus), jualan runcit makanan, minuman dan tembakau 9.1 peratus, jualan runcit bukan di kedai, gerai atau pasar (28.4 peratus), jualan runcit barangan kesenian dan rekreasi 4.5 peratus, jualan runcit kelengkapan informasi dan komunikasi (0.8 peratus), dan jualan runcit di gerai dan pasar (11.6 peratus).
Bagaimanapun, beliau berkata jualan runcit di kedai khusus kekal negatif untuk bulan keenam berturut-turut untuk mencatatkan -1.0 peratus.
"Bagi perbandingan bulanan, perdagangan runcit meningkat 3.4 peratus dengan semua kumpulan dalam subsektor ini mencatatkan pertumbuhan positif," katanya.
Di samping itu, Mohd Uzir berkata pertumbuhan 8.6 peratus dalam subsektor kenderaan bermotor bulan ini disumbangkan oleh jualan kenderaan bermotor yang terus mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 11.8 peratus atau RM0.9 bilion kepada RM8.1 bilion.
Ini diikuti oleh jualan, penyelenggaraan dan pembaikan motosikal dengan 9.4 peratus mencatatkan RM1.2 bilion.
Selain itu, jualan alat ganti dan aksesori kenderaan bermotor dan penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan bermotor juga kembali positif untuk merekodkan pertumbuhan masing-masing 2.9 peratus dan 4.0 peratus.
"Bagaimanapun, bagi perbandingan bulanan, jualan subsektor ini menurun -1.9 peratus disebabkan oleh jualan kenderaan bermotor yang mencatatkan -10.4 peratus," katanya.
Mohd Uzir berkata indeks jualan runcit melalui Internet merekodkan pertumbuhan 21.0 peratus tahun ke tahun (Oktober 2021: 20.7 peratus) manakala bagi pelarasan musim, indeks ini meningkat 5.4 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Sementara itu, bagi indeks volum, perdagangan borong dan runcit mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 2.9 peratus.
Ketua Perangkawan turut memaklumkan pengembangan itu disumbangkan oleh kenderaan bermotor yang meningkat 5.2 peratus, diikuti oleh perdagangan runcit dengan 3.3 peratus.
Dalam pada itu, perdagangan borong juga mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 1.4 peratus sementara itu, indeks volum pelarasan musim meningkat 1.6 peratus bulan ke bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 11 2022
Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan dalam perdagangan borong dan runcit itu disumbangkan oleh subsektor perdagangan borong yang mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 6.8 peratus. - Gambar fail/Bernama
Sadiq Khan dipilih Datuk Bandar London untuk penggal ketiga
Khan yang pertama kali dipilih pada 2016, menewaskan calon dari Parti Konservatif Susan Hall dengan kelebihan 276,000 undi.
Wai Ching muncul juara Kejohanan Larian Menara Dunia di Taipei 101
Atlet berusia 30 tahun itu merangkul kejuaraan itu dengan masa keseluruhan 18 minit dan 36.62 saat.
Pendekatan holistik perlu bagi reformasi pembangunan TVET
Malaysia memerlukan satu pendekatan holistik bagi mereformasikan pembangunan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada.
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hungary bakal Presiden EU, mahu hidupkan semula rundingan FTA EU-Malaysia
Putrajaya dan Budapest akan menyambung semula mesyuarat pertama jawatankuasa bersama Hungary-Malaysia.
Perdagangan Malaysia bagi Feb 2024 tumbuh 3.3 peratus, cecah RM211.79 bilion - MITI
Eksport berkurangan secara marginal sebanyak 0.8 peratus kepada RM111.33 bilion manakala import sebaliknya meningkat 8.4 peratus kepada RM100.46 bilion.
Argentina berhasrat tingkatkan pertukaran melangkaui perdagangan dengan Malaysia - Menteri Luar
Argentina berhasrat untuk meningkatkan lebih banyak pertukaran dengan Malaysia bukan hanya dari segi perdagangan dan pelaburan tetapi juga dalam aspek kebudayaan, pada masa akan datang.
RM4.5 bilion pelaburan diluluskan, akan dilaksanakan tahun ini - Menteri MITI
Menurut Tengku Zafrul, sesi bersama industri pada hari ini juga berjaya meraih komitmen pelaburan baharu dalam sektor bernilai tinggi.
Lawatan PM ke Jerman: Sekitar 30 syarikat utama Jerman sertai meja bulat perniagaan
Sidang meja bulat itu dikelola oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Matrade lancar misi penglibatan pasaran ke dua bandar di Filipina
Misi itu menunjukkan komitmen agensi dalam memperkukuhkan syarikat peringkat pertengahan (MTC) yang inovatif ke pasaran global.
Indonesia sasar keahlian OECD untuk percepat peralihan ekonomi
OECD yang beribu pejabat di Paris, memberi tumpuan kepada memacu kemajuan ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
Malaysia sasar raih pelaburan diluluskan lebih tinggi tahun ini - Tengku Zafrul
Pertumbuhan pelaburan mempunyai perkaitan positif dengan KDNK, yang diunjur berkembang 4.0 - 5.0 peratus tahun ini.
Perdagangan runcit dijangka berkembang 7.5 peratus pada 2024 - MIDF Research
Dalam tempoh 11 bulan pertama 2023, jualan perdagangan pengedaran Malaysia meningkat sebanyak 7.9 peratus tahun ke tahun dengan perdagangan runcit meningkat 9.4 peratus.
Rangkaian logistik meluas akan perkukuh hubungan perdagangan Malaysia-China - Loke
Malaysia dan China bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai hub logistik antara satu sama lain tetapi juga kepada negara ASEAN lain.