Syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas meningkatkan usaha untuk mengukuhkan kedudukan perniagaannya di India dengan menyediakan penyelesaian yang lebih inovatif dan bersesuaian, yang menambah nilai kepada aspirasi tenaga negara.
Dengan lebih 20 tahun kerjasama strategik dalam enam segmen perniagaan di India, Petronas terus menyokong aspirasi negara untuk berkembang secara mampan dengan memperluaskan sempadan kepakaran dan kemajuan teknologinya, katanya dalam kenyataan.
India telah berkembang dengan pesat, didorong oleh perbandaran yang pesat dan peningkatan kelas pertengahan. Menjelang 2030, India akan menjadi pusat kepada tujuh bandar raya mega dan menyaksikan permintaan yang tinggi terhadap tenaga dan barangan pengguna.
"Petronas berada di landasan untuk membina ekosistem perniagaan yang berkesan di India untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan pihak berkepentingan kami dalam pasaran penting ini," kata Pengerusi Petronas Energy (India) Pvt Ltd Rizan Ismail yang dipetik sebagai berkata demikian dalam kenyataan sempena lawatan rasmi tahunan Petronas untuk menemui pelanggan dan rakan kongsi di ibu kota kewangan India, Mumbai, baru-baru ini.
Dalam dua dekad lepas, Petronas telah mencatat kemajuan yang ketara dalam meningkatkan portfolionya di India dalam rantaian nilai, meliputi perdagangan minyak mentah, gas petroleum cecair (LPG), petrokimia, minyak pelincir, gas asli cecair (LNG), dan baru-baru ini, tenaga boleh baharu.
Susulan penubuhan Unit Perniagaan Tenaga Baharu, Petronas menceburi perniagaan tenaga boleh baharu pada April 2019, dengan pengambilalihan Amplus Energy Solutions Pte Ltd (Amplus) - pemaju dan penyedia penyelesaian tenaga terkemuka yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan utama di India, dengan kapasiti terkumpul sebanyak 600MW menerusi operasinya.
"Pengambilalihan itu sejajar dengan aspirasi kami untuk menyediakan pilihan tenaga bersih yang meningkatkan kehidupan rakyat. Dalam jangka masa panjang, kami mahu dikenali di India sebagai rakan kongsi yang dipercayai dan penyedia utama kepada penyelesaian yang bersih, menjimatkan kos dan mampan," kata Rizan.
Baru-baru ini, Amplus mencapai satu lagi kejayaan apabila ia melancarkan loji solar akses terbuka 75MW baharu di Mirzapur di negeri utara India, Uttar Pradesh.
Loji ini akan menawarkan penyelesaian tenaga karbon yang rendah kepada pelanggan industri dan komersial di Uttar Pradesh dan ia juga menjadi loji Akses Terbuka pertama negeri itu, katanya.
Sementara itu, perniagaan minyak pelincir Petronas di India menyaksikan kemajuan yang berterusan dengan permulaan operasi komersial untuk kilang adunan minyak pelincir syarikat itu di Patalganga, Maharashtra.
Dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 97,000 juta tan setahun (mtpa), ia membolehkan Petronas mencapai pengembangan rangkaian pengagihannya kepada 35,000 rangkaian daripada 12,000 rangkaian pada masa ini di seluruh negara menjelang 2021.
Selain itu, perniagaan LNG Petronas di negara itu dijangka terus berkembang berikutan ia meninjau potensi peluang dalam rantaian nilai gas.
Ini mencerminkan komitmen Petronas untuk menyokong aspirasi India untuk mempunyai gas asli mencapai 15 peratus daripada jumlah campuran tenaga negara itu menjelang 2030, dengan mewujudkan bersama pasaran gas.
Pada masa ini, Petronas giat memanfaatkan ekosistem inovasi India dengan menjalin kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat utama di India. Ini termasuk bekerjasama dengan TATA Consultancy Services untuk mengoptimumkan rantaian nilai bersepadu hiliran, serta Accenture Ventures di Bengaluru dan GEP di Mumbai untuk membangunkan sistem berpusat untuk perolehan digital Petronas.
Di luar lawatan rasmi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin merasmikan pejabat PCM (Chemical) India Pvt Ltd, Petronas (Energy) India Pvt Ltd dan Petronas Lubricants (India) Pvt Ltd di New Delhi.
Petronas, melalui Universiti Teknologi Petronas (UTP), turut menandatangani MoU dengan institusi tempatan seperti Amity University; BMS College of Engineering; Central Institute of Technology (CIT) Kokrajhar; dan Vellore Institute of Technology (VIT) untuk kerjasama dalam bidang pertukaran kepakaran akademik, kerjasama projek penyelidikan dan pertukaran pelajar.
Ini menunjukkan komitmen syarikat untuk memperluaskan kerjasama dengan rakan-rakan dari India dalam bidang tenaga dan lain-lain.
"Mengenai masa depan, kami akan meningkatkan usaha untuk melakukan inovasi dan menyesuaikan penawaran produk kami dengan memanfaatkan sinergi perniagaan yang dikongsi dengan rakan kongsi kami di India, serta kepakaran dan pengalaman kami dalam menyediakan penyelesaian yang inovatif," kata Rizan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 21 2019
Petronas, melalui UTP, turut menandatangani MoU dengan institusi tempatan di India untuk kerjasama dalam bidang pertukaran kepakaran akademik, kerjasama projek penyelidikan dan pertukaran pelajar. - Gambar fail
Patuh santuni jemaah, petugas haji saban tahun
Kemahiran berkomunikasi, fasih berbahasa Arab, Melayu dan Bahasa Inggeris jadi nilai tambah kepada Pembantu Petugas Haji (PATUH) dalam menyantuni jemaah dan petugas haji dari Malaysia setiap kali ketibaan musim haji.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS
Operasi itu bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza.
AWANI Pagi: Harapan Palestin & pupuk sifat sukarelawan anak muda
Ikuti temuramah wartawan Afiezy Azaman dengan Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Kaherah, Mesir berkaitan isu Palestin.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.
Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Lintasan Karem Shalom dibuka semula
Susulan tindak kejam israel menutup lintasan Rafah, satu-satunya laluan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad
Penasihat keselamatan White House, John Kirby mengesahkan operasi Israel di Rafah bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada Hamas.
Henti serang Rafah, atau tiada gencatan senjata – Hamas
Kumpulan pejuang Hamas, memberi kata putus kepada Israel untuk menghentikan serangan ke atas Rafah, atau ia menarik diri daripada perjanjian gencatan senjata.
Isu teknikal: Lapangan Terbang Antarabangsa UK alami masalah sistem e-gate
Sistem laluan automatik (e-gate) di beberapa lapangan terbang antarabangsa United Kingdom mengalami masalah teknikal pada malam Selasa menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu lebih lama.
Pendapatan Gas Malaysia susut disebabkan kelemahan dalam volum jualan gas asli
Keuntungan bersih Gas Malaysia Bhd susut kepada RM383.40 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 (TK2023) berbanding RM389.54 juta yang dicatatkan semasa tahun sebelumnya.
Untung bersih suku ketiga FGV susut kepada RM31.98 juta
Keuntungan bersih FGV Holdings Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023 susut kepada RM31.98 juta daripada RM241.67 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.
MyGAS 2023 bincang peranan penting gas asli dalam peralihan tenaga
MyGAS 2023 menyediakan platform untuk penggubal dasar dan peneraju industri dari seluruh dunia membincangkan peranan gas dalam peralihan tenaga.
Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar pada 2022
Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport gas asli cecair (LNG) kelima terbesar pada 2022 selepas Australia, Amerika Syarikat, Qatar dan Rusia.
Semakan semula pelan pembangunan Blok Kasuri Genting dapat kelulusan dari Indonesia
Semakan semula POD 1 bertujuan membekalkan 230 juta mmcfd gas asli ke loji FLNG selama tempoh 18 tahun.
Iran rancang tambah pengeluaran gas dari Teluk Parsi
Projek pembangunan itu akan meningkatkan pengeluaran gas Iran sehingga 56 juta meter padu sehari.
Untung bersih Gas Malaysia melonjak kepada RM107.34 juta pada suku kedua
Prestasi ini didorong terutama oleh keuntungan kasar dan pendapatan kewangan lebih tinggi serta kos kewangan lebih rendah.
Korea Selatan bekalkan gas ke Eropah susulan krisis Ukraine
Korea Selatan memutuskan untuk membekalkan sebahagian daripada gas LNGnya ke Eropah.
Bank Dunia beri amaran kenaikan harga makanan, tenaga akibat konflik Rusia-Ukraine
Kenaikan kos tenaga dalam tempoh dua tahun lalu adalah yang tertinggi sejak 1973.
Rusia hentikan bekalan gas asli ke Poland, Bulgaria
Perdana Menteri Poland Mateusz Morawiecki mengesahkan menerima notis daripada Gazprom untuk menggantung bekalan gas.