KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd. mengumumkan peletakan jawatan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai pengerusi dan pengarah bebas bukan eksekutif kumpulan syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu.
Peletakan jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai 2022, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Isnin.
Ia turut menyaksikan beliau melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Risiko dan Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan.
"...(Tan Sri) tidak lama lagi akan menamatkan tempoh yang dibenarkan, sebagai pengarah bebas.
"(Tan Sri) kemudiannya perlu mematuhi perubahan status, daripada Ahli Lembaga Bebas, kepada Pengarah Bukan Bebas, dan keperluan lain yang seterusnya," jelasnya.
Rafidah, 78, dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah dan pengarah bebas bukan eksekutif pada 3 Mac 2011 dan dilantik semula sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Kanan selepas penyenaraian syarikat pada 10 Julai 2013.
Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan serta Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah, dan Lembaga Semakan Keselamatan Syarikat.
Malah, beliau adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia yang paling lama berkhidmat, dari 1987 hingga 2008, dan banyak menyumbang kepada pengalaman antarabangsa.
Sementara itu, dalam makluman berasingan, AirAsia X melantik Tunku Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin, 63, sebagai pengarah bebas bukan eksekutif berkuat kuasa Isnin.
Tunku Mahmood sebelum ini merupakan ahli lembaga pengarah Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Hong Leong Islamic Bank Bhd., Pos Malaysia Bhd., Executive Solutions and Outcomes Sdn Bhd, Ethos Capital One Sdn Bhd, dan Federation of Investment Managers Malaysia, Energy Africa Limited. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Jun 28 2022
Peletakan jawatan Rafidah berkuat kuasa 1 Julai 2022, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Isnin. -Foto fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Rafidah Aziz terkejut Goodyear mahu tutup operasi, gesa kerajaan bertindak pantas
Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan, beliau terkejut dengan berita bahawa syarikat pengeluar tayar global, Goodyear di Shah Alam bakal menutup operasinya pada 30 Jun ini.
Kuota 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan perlu dihapuskan - Nancy
Kira-kira 42 peratus wanita kini terlibat sebagai pembuat keputusan dalam sektor perkhidmatan awam.
Rafidah Aziz letak jawatan pengerusi AirAsia X selepas lebih 10 tahun
Peletakan jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai 2022, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Isnin.
Potong gaji menteri tak selesai isu kos sara hidup rakyat - Mahdzir
Cadangan pemotongan gaji dan elaun menteri bukan penyelesaian yang dapat membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup ketika ini.
Bahasa Melayu: Jangan jadikan Malaysia 'syok sendiri' - Rafidah Aziz
Jelas Rafidah lagi, visi dan tumpuan Malaysia pada satu masa dahulu adalah untuk berada dalam infrastruktur serantau dan global.
Kaji hala tuju dasar negara untuk tarik pelaburan - Rafidah
Rafidah berkata Malaysia kekurangan faktor tarikan untuk memastikan pelabur luar datang ke Malaysia dan pelabur domestik turut menerima faedah.
Industri pelancongan perlu lebih ramai pekerja susulan pembukaan semula sempadan - Rafidah Aziz
Beliau turut menggesa pelaksanaan prosedur operasi standard yang lebih jelas, selain pematuhan SOP yang tegas.
RMK-12: 'Nak lari 100 meter, tapi lutut terkehel' - Rafidah Aziz
Rafidah mengakui terkejut dengan intipati RMK-12 yang pada sangkaannya, akan memberi tumpuan kepada aspek pemulihan negara dalam semua aspek.
Tetapkan semula 'kompas nasional', jangan beri ruang kepada sebarang diskriminasi - Rafidah Aziz
Penetapan semula 'kompas nasional' perlu bagi memastikan semua individu di negara ini, berganding bahu jadikan Malaysia negara maju
Majlis Pemulihan Negara adakan mesyuarat pertama hari ini
MPN yang digerakkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan mesyuarat pertama, hari ini.