RAM Ratings menjangka kadar inflasi meningkat lagi kepada 4.6 peratus pada September 2017, di tengah-tengah kenaikan harga minyak.
Peningkatan itu dijangka berada pada 0.9 mata peratusan lebih tinggi berbanding kenaikan 0.5 mata peratusan pada Ogos, kata agensi penarafan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Kenaikan pantas harga pengguna disokong oleh harga petrol runcit yang tinggi pada purata RM2.19 seliter pada September (berbanding RM2.12 pada Ogos) susulan kenaikan tinggi harga minyak mentah global.
"Purata harga minyak mentah Brent melonjak kepada US$56.15 (US$1 = RM4.22) setong pada September yang merupakan paras tertinggi sejak Julai 2015.
"Ini akan, seterusnya, meningkatkan sumbangan komponen pengangkutan kepada keseluruhan inflasi pada September," kata RAM.
Dalam keadaan ini, agensi penarafan itu mengekalkan inflasi keseluruhan pada 3.8 peratus yang diunjurnya bagi 2017.
"Keseluruhan harga pengguna dijangka meningkat pada kadar perlahan 3.5 peratus dalam separuh kedua 2017 memandangkan jangkaan sumbangan sederhana daripada komponen makanan dan pengangkutan apabila kesan asas rendah menghilang, terutamanya dalam suku keempat tahun ini," kata RAM.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2017
Peningkatan itu dijangka berada pada 0.9 mata peratusan lebih tinggi berbanding kenaikan 0.5 mata peratusan pada Ogos. - Gambar fail
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hala tuju polisi negara perlu jelas untuk kukuhkan nilai ringgit - Penganalisis
Firdausi berkata, kejatuhan nilai ringgit adalah disebabkan pelbagai faktor luaran dan situasi itu perlu difahami rakyat.
Amaran kemelesetan ekonomi global tahun 2023 - Bank Dunia
Ia bakal menjadi pertumbuhan tahunan ketiga paling lemah dalam tempoh 30 tahun.
Ringgit menyusut, sektor eksport terima manfaat
Ketua Penyelidikan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Shankaran Nambiar berkata, sektor berorientasi eksport jadi lebih berdaya saing.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Subsidi bersasar penting untuk hadapi inflasi jangka panjang - Tok Pa
Jelasnya, ketika ini kerajaan memberi tumpuan terhadap subsidi bersasar minyak petrol.
Kemelesetan ekonomi dijangka lebih teruk dalam tempoh 12 bulan akan datang - IMF
Kenaikan harga komoditi akibat peperangan yang berlaku akan memberi impak kepada ratusan juta penduduk dunia.
Kenaikan kadar faedah: BNM dijangka ikut kuasa ekonomi besar - Penganalisis
Bagaimanapun sebarang dasar perlu dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan tekanan kepada inflasi.
Pengeluaran KWSP RM10,000: Dikhuatiri berlaku inflasi dan kenaikan harga - Yusof Saari
Meskipun tindakan terbabit bagi membantu golongan terkesan akibat pandemik COVID-19, namun fasiliti itu tidak memberi manfaat kepada keseluruhan pencarum.
BNM dijangka kekal kadar faedah sehingga Julai
Undian pada 10 hingga 14 Januari oleh Reuters melibatkan 23 pakar ekonomi menunjukkan BNM akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus sehingga akhir Jun
Ekonomi Malaysia tumbuh 4.4 peratus pada Suku Ketiga 2019 - Bank Negara
Prestasi itu disumbang pertumbuhan sektor utama yang lebih rendah serta penurunan aktiviti perlombongan dan pembinaan.