KUALA LUMPUR: Ringgit mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menjelang perkembangan utama seperti Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2023 yang dikeluarkan hari ini serta keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai kadar faedah pada lewat malam ini.
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7335/7400 berbanding dolar AS daripada paras 4.7350/7390, semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kalangan penggiat pasaran mahu mendapatkan petunjuk terkini serta prospek bagi 2024 selain keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS yang berakhir hari ini.
"Bagi laporan BNM, peserta pasaran akan menumpukan butiran, terutamanya unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan inflasi bagi tahun ini.
"Pada masa ini, unjuran bagi pertumbuhan KDNK berada pada empat peratus hingga lima peratus manakala kadar inflasi adalah antara 2.1 peratus dan 3.6 peratus bagi 2024.
"Kami akan melihat jika terdapat sebarang perubahan dengan mengambil kira data terkini serta perubahan dasar di peringkat global dan domestik," katanya kepada Bernama.
Selain itu, beliau berkata mesyuarat FOMC turut menjadi tumpuan dengan kebanyakan ahli ekonomi mengunjurkan Kadar Dana Fed (FFR) pada 5.50 peratus.
"(Namun) pasaran lebih berminat mengenai garis masa atau tarikh bagi pengurangan pertama membabitkan kadar faedah itu.
"Pada Disember lepas misalnya, kakitangan Fed mengunjurkan FFR akan berada pada 4.6 peratus tahun ini yang dianggap sebagai kemungkinan pengurangan sekitar 75 mata asas daripada paras semasa," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Unit tempatan itu mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1310/1358 daripada 3.1420/1451, semalam namun rendah berbanding pound Britain kepada 6.0191/0274 daripada 5.9992/6.0043 serta susut berbanding euro kepada 5.1425/1495 daripada 5.1318/1361.
Ringgit juga kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean.
Ia rendah berbanding baht Thailand kepada 13.1184/1411 daripada 13.1171/1354 semalam, turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5261/5315 daripada 3.5249/5281 dan susut berbanding peso Filipina pada 8.48/8.49 berbanding 8.46/8.48 sebelum ini.
Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 301.1/301.6 daripada 301.2/301.6.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7335/7400 berbanding dolar AS daripada paras 4.7350/7390, semalam. -Gambar fail/Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.
Ringgit teruskan peningkatan, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Dolar AS turut menerima faktor sampingan berikutan kenyataan Pengerusi Fed AS Jerome Powell yang cenderung menaikkan kadar faedah.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan sentimen positif yang berterusan terhadap mata wang Amerika Syarikat.
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
Bursa Malaysia rendah berikutan kekurangan pemangkin baharu
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.59 mata kepada 1,530.83 daripada 1,538.42 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit rendah susulan suasana enggan ambil risiko
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7270/7320 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7335/7400 berbanding dolar AS daripada paras 4.7350/7390, semalam.