KUALA LUMPUR: Sektor kesihatan dijangka mendapat peruntukan yang lebih tinggi daripada kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dan Bajet 2022 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Begitupun, persoalan yang timbul, adakah kerajaan akan mengurangkan peruntukan bagi kementerian lain supaya dapat meningkatkan dana kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk RMK-12 dan Bajet 2022?

Untuk rekod, terdapat peningkatan ketara dalam peruntukan kepada KKM pada 2021 malah RM4.72 bilion yang diperuntukkan adalah 6.8 peratus daripada RM69 bilion yang dianggarkan untuk perbelanjaan pembangunan dalam Bajet 2021.

BACA: RM9.13 bilion diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak - PM

Jumlah itu lebih besar berbanding RM2.68 bilion yang diperuntukkan pada tahun 2020 serta RM8.61 bilion yang diperuntukkan dan dibelanjakan selama lima tahun, antara 2016 hingga 2020 melalui RMK-11.

Menurut laporan The Edge, Bank Dunia sebelum ini mengatakan bahawa kerajaan perlu menaikkan peruntukan setiap tahun untuk sistem penjagaan kesihatan awam.

Jumlah dibelanjakan Malaysia untuk penjagaan kesihatan iaitu dua hingga 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dilihat agak sedikit berbanding perbelanjaan purata 3.84 peratus melibatkan negara berpendapatan sederhana pada 2018.

Hakikatnya, RMK-12 dilihat bukan hanya untuk meredakan tekanan kepada sektor kesihatan awam tetapi meningkatkan kemampuan negara untuk mencegah dan mengatasi wabak pada masa depan.

Dalam pada itu, menurut laporan itu lagi, RMK-11 menyaksikan hampir separuh daripada perbelanjaan pembangunan berjumlah RM253 bilion diperuntukkan kepada empat kementerian.

Kementerian tersebut ialah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Di bawah Bajet 2021 yang juga tahun pertama RMK-12, kira-kira 31 peratus daripada perbelanjaan pembangunan diperuntukkan kepada Kementerian Kewangan (20.5 peratus) dan Jabatan Perdana Menteri (10.5 peratus).


Dasar jangka sederhana dan panjang turut diperkenalkan dalam RMK-12

Begitupun, bagi keseluruhan RMK-11, Jabatan Perdana Menteri mendapat peruntukan tertinggi iaitu 16 peratus daripada jumlah peruntukan keseluruhan dalam tempoh lima tahun.

Pada tahun 2016, peruntukannya sebanyak RM11.79 bilion adalah 28.1 peratus daripada jumlah perbelanjaan pembangunan malah peruntukan RM11.01 bilion pada tahun berikutnya pula adalah 24.5 peratus daripada jumlah peruntukan pembangunan.

Begitupun, pada tahun 2018 hingga 2020, peruntukan perbelanjaan pembangunan di bawah Kementerian Kewangan merupakan yang tertinggi daripada semua kementerian.

Dalam Bajet 2021, RM14.12 bilion yang diperuntukkan kepada kementerian tersebut adalah 20.5 peratus daripada jumlah peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan dengan RM13.6 bilion datang dari "pelbagai suntikan modal".

Berikut merupakan peruntukan perbelanjaan pembangunan untuk setiap kementerian dalam RMK-11 dan Bajet 2021:

Jabatan Perdana Menteri
RMK-11 : RM40.38 bilion (16.0%)
Bajet 2021 : RM7.22 bilion (10.5%)

Kewangan
RMK-11 : RM30.59 bilion (12.1%)
Bajet 2021 : RM14.12 bilion (20.5%)

Kerja Raya
RMK-11 : RM26.27 bilion (10.4%)
Bajet 2021 : RM6.09 bilion (8.8%)

Pembangunan Luar Bandar
RMK-11 : RM25.64 bilion (10.1%)
Bajet 2021 : RM6.66 bilion (9.6%)

Pengangkutan
RMK-11 : RM16.75 bilion (6.6%)
Bajet 2021 : RM4.17 bilion (6.1%)

Pertahanan
RMK-11 : RM15.97 bilion (6.3%)
Bajet 2021 : RM4.51 bilion (6.5%)

Pendidikan
RMK-11 : RM10.83 bilion (4.3%)
Bajet 2021 : RM3.09 bilion (4.5%)

Perumahan dan Kerajaan Tempatan
RMK-11 : RM9.62 bilion (3.8%)
Bajet 2021 : RM2.14 bilion (3.1%)

Pengajian Tinggi
RMK-11 : RM9.40 bilion (3.7%)
Bajet 2021 : RM2.82 bilion (4.1%)

Kesihatan
RMK-11 : RM8.61 bilion (3.4%)
Bajet 2021 : RM4.72 bilion (6.8%)

Dalam Negeri
RMK-11 : RM8.59 bilion (3.4%)
Bajet 2021 : RM3.16 bilion (4.6%)

Tenaga dan Sumber Asli
RMK-11 : RM8.39 bilion (3.3%)
Bajet 2021 : RM1.04 bilion (1.5%)

Alam Sekitar dan Air
RMK-11 : RM7.39 bilion (2.9%)
Bajet 2021 : RM2.92 bilion (4.2%)

Pertanian dan Industri Makanan
RMK-11 : RM6.45 bilion (2.5%)
Bajet 2021 : RM1.51 bilion (2.2%)

Wilayah Persekutuan
RMK-11 : RM4.92 bilion (1.9%)
Bajet 2021 : RM0.70 bilion (1.0%)

Ekonomi
RMK-11 : RM4.82 bilion (1.9%)
Bajet 2021 : Tiada

Perdagangan Antarabangsa dan Industri
RMK-11 : RM4.29 bilion (1.7%)
Bajet 2021 : RM0.62 bilion (0.9%)

Komunikasi dan Multimedia
RMK-11 : RM2.64 bilion (1.0%)
Bajet 2021 : RM1.15 bilion (1.7%)

Sains, Teknologi dan Inovasi
RMK-11 : RM2.62 bilion (1.0%)
Bajet 2021 : RM0.43 bilion (0.6%)

Sumber Manusia
RMK-11 : RM2.14 bilion (0.8%)
Bajet 2021 : RM0.46 bilion (0.7%)

Perladangan dan Komoditi
RMK-11 : RM1.76 bilion (0.7%)
Bajet 2021 : RM0.25 bilion (0.4%)

Belia dan Sukan
RMK-11 : RM1.75 bilion 0.7%)
Bajet 2021 : RM0.33 bilion (0.5%)

Pelancongan, Seni dan Budaya
RMK-11 : RM0.797 bilion (0.31%)
Bajet 2021 : RM0.15 bilion (0.2%)

Pembangunan Usahawan dan Koperasi
RMK-11 : RM0.712 bilion (0.28%)
Bajet 2021 : RM0.36 bilion (0.5%)

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
RMK-11 : RM0.705 bilion (0.28%)
Bajet 2021 : RM0.13 bilion (0.2%)

Luar Negeri
RMK-11 : RM0.432 bilion (0.17%)
Bajet 2021 : RM0.07 bilion (0.1%)

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
RMK-11 : RM0.350 bilion (0.14%)
Bajet 2021 : RM0.07 bilion (0.1%)

Jabatan Perkhidmatan Awam
RMK-11 : RM0.204 bilion (0.08%)
Bajet 2021 : RM0.01 bilion (0.02%)

Perpaduan
RMK-11 : RM0.104 bilion (0.4%)
Bajet 2021 : RM0.10 bilion (0.15%)