Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengagihkan RM2.03 juta zakat korporat kepada 6,400 asnaf seluruh negara sepanjang tahun 2017.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner berkata, jumlah itu jauh meningkat berbanding kira-kira RM1.7 juta kepada 5,000 asnaf pada tahun 2016.
Menurut beliau, peningkatan itu sekaligus membuktikan semakin ramai peniaga telah berdaftar dan menggunakan perkhidmatan SSM.
Beliau turut menjangkakan bilangan itu akan terus meningkat dari semasa ke semasa.
"Saya harap lebih ramai peniaga akan berdaftar dan menggunakan perkhidmatan kami kerana secara tidak langsung, mereka juga ada 'saham' dalam zakat yang SSM keluarkan," katanya kepada pemberita selepas majlis pengagihan zakat korporat SSM di Madrasah Ehsaniah Ke 3, Kampung Pulai di sini, pada Jumaat.
Pada majlis itu, SSM mengagihkan sejumlah RM58,200 kepada 144 asnaf yang menerima RM300 setiap seorang, dan juga RM3,000 kepada beberapa surau dan madrasah.
Zahrah berharap pemberian itu dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para penerima.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, sehingga 31 Dis lalu, terdapat 64,910 pendaftaran baru untuk perniagaan atas talian di mana 2,254 terdiri daripada syarikat, 61,813 perniagaan dan 843 adalah Perkongsian Liabiliti Terhad.
Beliau turut berharap, lebih banyak peniaga atas talian dapat berdaftar bagi membantu mengurangkan kes-kes penipuan.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Jan 12 2018
Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengagihkan RM2.03 juta zakat korporat kepada 6,400 asnaf seluruh negara sepanjang tahun 2017. - Gambar hiasan
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Usahawan kecil Sarawak digesa daftar perniagaan untuk berkembang kepada tahap lebih baik
Dengan berdaftar, usahawan kecil boleh mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan dan bimbingan dalam perniagaan.
SSM agih RM2.03 juta zakat korporat tahun lalu
Jumlah itu jauh meningkat berbanding kira-kira RM1.7 juta kepada 5,000 asnaf pada tahun 2016.