DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 4 Ogos 2020.
Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammed Rashid Al Maktoum dalam satu perkongsian di IG Stories miliknya pada pagi Isnin menunjukkan satu 'penemuan' yang tidak disangka iaitu seekor burung sedang bersarang di atas bonet kereta beliau
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menetapkan 15 September depan sebagai tarikh akhir untuk aplikasi TikTok untuk dijual kepada syarikat AS atau beliau akan menutupnya.
Amerika Syarikat (AS) kini memasuki “fasa baharu” dalam usahanya melawan pandemik COVID berdasarkan jangkitan baharu yang terus meningkat di seluruh negara.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bimbang vaksin untuk melawan COVID-19 mungkin tidak akan ditemui.
ANGKA korban akibat jangkitan COVID-19 terus meningkat. Statistik Johns Hopkins University mendedahkan jumlah kematian global meningkat lebih 3,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Filipina melaporkan 6,352 jangkitan baharu COVID-19 pada Selasa, peningkatan harian tertinggi dalam kalangan negara Asia Tenggara.
Kes positif COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 115,056 kes, iaitu tambahan sebanyak 1,922 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Seekor anak gajah Asia bernama Avi yang ditempatkan di Zoo St Louis di Missouri, Amerika Syarikat, mati selepas bergelut dengan masalah kesihatan sejak dilahirkan kira-kira sebulan yang lalu.
Polis Indonesia pada Isnin menahan seorang YouTuber yang dikenali sebagai Edo Putra dan seorang rakannya, susulan video prank menyerahkan daging korban yang sebenarnya sampah kepada orang ramai.
Wilayah selatan Rusia dilanda serangan belalang yang mengakibatkan kemusnahan ketara pada industrri pertanian tempatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami