DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 8 Disember 2020.
Margaret Keenan telah disuntik dua dos vaksin yang dibangunkan oleh firma farmaseutikal Amerika Syarikat (AS) dan Jerman, Pfizer dan BioNTech di University Hospital Coventry sekitar pukul 6:31 pagi waktu tempatan.
Tanpa fatwa halal, Indonesia mungkin berdepan kesukaran untuk meyakinkan penduduk di negara yang majoriti beragama Islam untuk menerima suntikan vaksin.
Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) Indonesia sudah melakukan 87 peratus persiapan bagi menghadapi
Pilihan Raya Kepala Daerah (PILKADA) 2020 esok.
Susulan pengantin perempuan disahkan positif COVID-19, pasangan di sebuah perkampungan utara India meneruskan majlis perkahwinan mereka dengan berpakaian sut hazmat dan pelitup muka.
Singapura akan menjadi tuan rumah untuk mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) pada Mei 2021, sekali gus menjadi negara Asia pertama dipilih menjadi hos persidangan berprestij itu.
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini hampir 67.5 juta. Ini berikutan lebih 530,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Penduduk di Austria mula mengunjungi pusat membeli belah selepas kerajaan melonggarkan sekatan susulan pandemik COVID-19.
Banjir besar di selatan Thailand akibat hujan monsun, mengorbankan sekurang-kurangnya 26 nyawa dan melibatkan lebih 555,000 isi rumah.
New Zealand’s Royal Commission of Inquiry took almost 20 months to compile a 800-page report into last year’s Christchurch mosque attack by Brenton Tarrant, a white supremacist who killed 51 Muslim worshippers at two mosques in the South Island city on March 15, 2019.
A World Health Organization official said on Monday that only public health measures, not vaccines, can prevent a new surge of COVID-19 cases as the first vaccines are administered in Britain.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami