ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 3 Januari 2021.

1) COVID-19: Kes positif global lepasi 84.4 juta, angka korban 1.83 juta

Hari ketiga tahun 2021 menyaksikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global melepasi angka 83.83 juta.

2) COVID-19: UK benarkan campur dos dari pengeluar berbeza

United Kingdom (UK) akan membenarkan orang ramai diberi suntikan vaksin COVID-19 dari pengeluar berbeza atau mencampurkan dos walaupun belum ada bukti keberkesanannya.

3) COVID-19: Doktor di Mexico dikejar ke hospital selepas disuntik vaksin

Seorang pakar perubatan di Mexico dimasukkan ke hospital selepas menerima suntikan vaksin Pfizer BioNTech.

4) Pro Trump lancar usaha akhir sekat Biden

Sekumpulan senator Amerika Syarikat melancarkan usaha terakhir bagi menyekat kemenangan Presiden dipilih Joe Biden.

5) COVID-19: Rumah pemimpin AS diserang, didesak naikkan elaun

Ia dipercayai kerana kongres tidak meluluskan permohonan dana bagi membantu golongan yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19.

6) COVID-19: Jepun pertimbang isytihar darurat kali kedua

Jepun mempertimbangkan pengisytiharan darurat selepas gabenor ibu kota mendesak tindakan itu segera diambil susulan lonjakan kes baharu COVID-19.

7) COVID-19: 27 warga emas meninggal dunia selepas sertai parti di Belgium

Pihak berkuasa di Belgium mengesahkan warga emas yang ke-27 meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di rumah jagaan di Mol, Belgium, pada Sabtu.

8) COVID-19: Rakyat Rusia divaksin diberi sijil elektronik

Menteri Kesihatan Rusia, Mikhail Murashko berkata, sijil ini secara automatik tersedia di sebuah portal dalam talian untuk perkhidmatan awam bernama Gosuslugi bermula 1 Januari.

9) Boris Johnson mungkin kalah dalam pilihan raya seterusnya - Tinjauan

Perdana Menteri Britain Boris Johnson kemungkinan akan kehilangan kedudukannya dan kedua-dua parti politik utama dijangka tidak akan memperoleh majoriti pada pilihan raya akan datang.

10) Pengacara veteran, Larry King, dirawat di hospital akibat jangkitan COVID-19

Pengacara program bual bicara veteran Amerika Syarikat, Larry King, dimasukkan ke hospital selepas dijangkiti COVID-19, lapor media negara itu.