ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 4 Januari 2021.

1) COVID-19: Kes positif global hampir 85 juta, angka korban lebih 1.84 juta

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 85 juta, berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

2) 'Tolonglah duduk di rumah' - PM Thai rayu rakyat bantu atasi peningkatan kes COVID-19

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha pada Isnin merayu rakyat supaya duduk di rumah untuk mengekang penularan jangkitan virus COVID-19 yang kembali melanda negara itu.

3) Program vaksinasi kumpulan pertama di China dijangka selesai bulan depan

Program vaksinasi terhadap kumpulan pertama diteruskan di Beijing, China pada Ahad dalam masa sama, bandar itu juga mencatatkan peningkatan kes baharu positif COVID-19 secara drastik.

4) COVID-19: Anthony Fauci beri jaminan program vaksinasi akan dipergiatkan di AS

Amerika Syarikat meningkatkan program vaksinasi COVID-19 di negara itu selepas permulaan yang perlahan daripada yang dijangkakan.

5) COVID-19: Ketua Pembangkang UK gesa sekatan seluruh negara

Ketua Pembangkang Parti Buruh United Kingdom, Keir Starmer menggesa Perdana Menteri, Boris Johnson melaksanakan sekatan baharu di negara itu dalam tempoh 24 jam akan datang.

6) Donald Trump 'paksa' batalkan kemenangan Joe Biden di Georgia

Presiden Donald Trump didakwa memaksa Ketua Pilihan Raya Georgia untuk membatalkan kemenangan Joe Biden di daerah itu.

7) COVID-19: Vietnam bersetuju beli 30 juta dos vaksin AstraZeneca

Vietnam bersetuju untuk membeli 30 juta dos vaksin COVID-19 buatan AstraZeneca di samping berusaha untuk mendapatkan lebih banyak vaksin daripada beberapa sumber lain, termasuk Pfizer.

8) COVID-19: Remuknya hati lihat ibu meninggal dunia depan mata

Anabel Sharma tidak dapat menahan sebak apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa ibunya hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk hidup setelah mereka dijangkiti COVID-19.

9) Abu Bakar Bashir dibebaskan Jumaat ini

Guru agama radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir, 82, yang dijatuhkan hukuman 15 tahun pada 2011 selepas didapati bersalah kerana didakwa mendalangi serangan bom di Bali akan dibebaskan pada 8 Januari (Jumaat) ini.

10) Enam maut tanah runtuh di Norway

Pasukan operasi meneruskan kerja-kerja mencari dan menyelamat susulan kejadian tanah runtuh yang melanda perkampungan Norway dan tidak menemui mangsa lain yang tertimbus di sebalik timbunan tanah dan sisa kediaman berkenaan.