DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 17 Mac 2021.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 17 Mac 2021.
Jabatan Pelancongan di Kathmandu pada Rabu menyatakan bahawa lebih daripada 300 warga asing sudah menyatakan minat untuk mendaki Gunung Everest pada musim bunga nanti.
Lelaki didenda kerana jual ikan laga dari pangsapuri, simpan cicak eksotik
2. Pasukan penguatkuasa dari Lembaga Taman Negara Singapura (NParks) bertindak mendenda seorang lelaki yang didapati menjual ikan laga dan memelihara sejenis reptilia eksotik di unit pangsapurinya di Ang Mo Kio.
Pihak berkuasa Thailand merampas enam kucing jenis pedigri dalam serbuan ke atas sindiket dadah pada Selasa. Antara kucing yang dirampas termasuk lima kucing jenis Scottish Fold dan seekor kucing jenis Bengal yang dirampas di sebuah rumah di daerah Rayong.
New Delhi berada di kedudukan teratas dalam senarai bandar paling tercemar di dunia bagi tahun ketiga berturut-turut pada tahun 2020, menurut IQAir, iaitu agensi dari Switzerland yang mengukur tahap kualiti udara.
Seorang bayi di Amerika Syarikat telah dilahirkan dengan antibodi terhadap virus COVID-19, menurut laporan stesen televisyen WPBF. Bayi berkenaan dikatakan telah menerima antibodi tersebut daripada ibunya yang disuntik vaksin COVID-19 ketika hamil, menurut doktor.
Bosnia melaporkan peningkatan drastik kes baharu dan kematian akibat COVID-19 sekali gus menyaksikan negara itu berdepan gelombang seterusnya.
Kebanyakan mangsa dipercayai wanita Asia, lapor portal globalsnews.ca. Suspek Robert Aaron Long, 21, dari Woodstock ditahan di Crisp County kira-kira 240 kilometer dari selatan Atlanta beberapa jam selepas kejadian.
Pemain golf terkemuka Tiger Woods telah dibenarkan pulang ke rumah berikutan pembedahan yang dilakukan pada kaki kanan dan pergelangan kaki susulan kemalangan kereta yang hampir membawa maut bulan lepas.
Lebih 300,000 kes baharu COVID-19 dilaporkan di peringkat global, menjadikan jumlah kes positif kini melebihi 120.52 juta kes. Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 29.52 juta kes, diikuti Brazil dengan 11.51 juta kes dan India dengan lebih 11.4 juta kes.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden terus mengadakan jelajah penerangan Pelan Rangsangan AS$1.9 trilion dengan memberi tumpuan kepada perniagaan kecil di kawasan luar bandar di Philadelphia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami