ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis 1 April 2021.
1. Aktivis adakan bantahan di hadapan kedutaan Myanmar, desak tindakan diambil
Sekumpulan aktivis kemanusiaan berkumpul di hadapan Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang Hilir di sini hari ini bagi menyatakan bantahan terhadap situasi yang semakin memburuk di negara berkenaan.
2. Peserta pertandingan ratu cantik Myanmar terus berada di Thailand
Menurut wakil penganjur Miss Grand International, Nawat Itsaragrisil, Han Lay akan tinggal di Thailand sekurang-kurangnya tiga bulan dan berada di bawah jagaan penganjur selama tempoh itu.
3. Vaksin COVID-19 | 100 peratus berkesan terhadap remaja 12-15 tahun – Pfizer
Pengeluar vaksin COVID-19, Pfizer BioNTech mendakwa vaksin itu mempunyai keberkesanan 100 peratus terhadap remaja berusia 12 hingga 15 tahun. Ia bagi mencapai persetujuan mereka untuk memberi suntikan kepada golongan itu sebelum sesi persekolahan bermula.
4. Wanita tersenarai dalam Guinness World Records dengan kain layah terpanjang dunia
Seorang wanita berjaya menempah tempat dalam Guinness World Records (GWR) kerana memakai kain layah terpanjang di dunia. Maria Paraskeva dari Cyprus memakai kain layah sepanjang 962.6 meter itu ketika majlis perkahwinannya baru-baru ini.
5. Punca kemalangan babitkan Tiger Woods dikenal pasti
Laporan terperinci berkenaan kemalangan membabitkan pemain golf terkemuka Tiger Woods hanya akan didedahkan jika bekas pemain No. 1 dunia itu memberi kebenaran kepada polis untuk berbuat demikian.
6. Gara-gara tidak memakai pelitup muka, lima individu dihukum 'jalan itik'
Lima individu dihukum lakukan 'jalan itik' oleh anggota polis kerana disyaki cuba terjun ke dalam laut di Mumbai, India. Video aksi di Marine Drive itu tular di media sosial namun catatan di video berkenaan menyatakan kesemua individu berkenaan dikenakan hukuman kerana tidak memakai pelitup muka.
7. Bayi 6 bulan ditemui selamat selepas dicampak ke dalam sungai
Seorang bayi berusia enam bulan berjaya diselamatkan selepas dicampak ke dalam Sungai Rio Grande.
Bayi berkenaan telah diserahkan kepada ibunya yang sebelum ini diserang oleh penyeludup semasa cuba memasuki Amerika Syarikat, kata pegawai Texas.
8. Vaksin COVID-19 | Tiada bukti penggunaan AstraZeneca terhad
Ketua Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) menyatakan bahawa tiada bukti yang menyokong sekatan penggunaan vaksin COVID-19 AstraZeneca dalam mana-mana populasi.
9. COVID-19 | Angka korban global kini lebih 2.8 juta
Lebih 8 ribu kes kematian akibat COVID-19 direkodkan seluruh dunia. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.8 juta kes.
10. COVID-19 | Perancis laksana kawalan pergerakan kali ketiga
Perancis melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan untuk kali ketiga di seluruh negara dan sekolah juga akan ditutup selama tiga minggu. Ia sebagai usaha untuk mebendung penularan COVID-19 yang kini melumpuhan sistem kesihatan di negara itu.
Astro Awani
Thu Apr 01 2021

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bekalan mencukupi, hentikan 'percaturan dan permainan' harga ayam - MAFI
Para pemain industri ternakan ayam di negara ini diingatkan supaya tidak meneruskan 'percaturan dan permainan' harga melalui pengurangan bekalan ayam.

Mahkamah | Lelaki OKU dipenjara 15 tahun, 10 sebatan, rogol anak tiri
Seorang lelaki kurang upaya (OKU) dipenjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh hari ini, atas tuduhan merogol anak tirinya dua tahun lalu. Tertuduh yang berusia 27 tahun itu dijatuhi hukuman berkenaan selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.

Sukan SEA | Malaysia atasi sasaran 36 emas
Kontinjen Sukan SEA tamatkan saingan di hanoi dengan mengumpul 39 pingat emas, mengatasi sasaran 36 sebelum ini. Dua pingat emas terakhir disumbangkan acara beregu campuran dan muay thai yang diraih pada Ahad.

Insiden Kepala Air | Polis kenal pasti mayat dua pendaki dihanyutkan arus
Identiti kedua-dua mayat pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki Gunung Suku di Simpang Pulai, Ipoh sudah dikenal pasti. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mereka adalah See Su Yen, 32 tahun, dan Ng Yee Chew, 46 tahun.

Komik pertama Batman dijual pada harga AS$1.74 juta
Naskhah lama yang menyaksikan watak Batman muncul buat kali pertama dalam komik diterbitkan pada 1939 dilelong dengan rekod bidaan AS$1.74 juta.

Tanpa pekerja asing sektor perladangan sawit rugi RM28 bilion pada 2022 - MPC
Sektor perladangan sawit dianggarkan mencatat kerugian sebanyak RM28 bilion pada 2022 jika pekerja asing tidak dibawa masuk ke Malaysia dengan kadar segera.

"Tak sangka akan bergabung pada usia 50-an" - Ziana, Anuar cipta sejarah tiket konsert habis terjual sekelip mata
Anuar dan Ziana tidak pernah sangka tiket konsert mereka akan habis dijual dalam masa singkat.

Lebuh Raya Baharu | KKR teliti cadangan pihak swasta - Fadillah
Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang meneliti beberapa cadangan daripada pihak swasta berhubung pembinaan lebuh raya baharu di Lembah Klang dan seluruh Malaysia. Menurut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, terdapat sebahagian cadangan telah diluluskan, manakala sebahagian lagi masih dalam proses.

Niaga AWANI: WEF 2022 | Belajar, cari solusi bersama peringkat global
Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 yang kembali berlangsung secara fizikal bakal membuka tirai secara rasminya hari ini dan sudah tentu, banyak perkara menjadi fokus Malaysia belajar selain mengambil amalan terbaik untuk dilaksanakan di negara ini. Najib Aroff yang kini berada di kawasan pergunungan Alps ada perincian fokus Malaysia, bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sukan SEA Hanoi: 'Saya minta maaf' - Luqman Hakim
Penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin memohon maaf atas kegagalan menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan penentuan gangsa antara Malaysia menentang Indonesia pada Sukan SEA ke-31.

Tanpa pekerja asing sektor perladangan sawit rugi RM28 bilion pada 2022 - MPC
Sektor perladangan sawit dianggarkan mencatat kerugian sebanyak RM28 bilion pada 2022 jika pekerja asing tidak dibawa masuk ke Malaysia dengan kadar segera.

Kes baharu COVID-19 menurun 28.8 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham
Perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 4,489,503 kes dengan 28,085 kes aktif.

Perkasa WHO, cabaran pandemik masa depan antara isu perhimpunan di Geneva
Mengelak berulangnya kesilapan yang membawa maut dalam pandemik masa depan ialah tema tidak bertulis WHO minggu ini di Geneva.

Vaksin COVID-19: Lebih 2.9 juta remaja lengkap suntikan
Sebanyak 1,119,411 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.

COVID-19: 1,817 kes baharu, dua kematian dicatat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan dua kematian baharu setakat tengah malam tadi.

COVID-19: Benua Afrika bergelut dengan kadar vaksinasi rendah
Kanak-kanak teragak-agak mahu mengambil vaksin kerana takut dan percaya kerajaan mahu menghapuskan mereka.

WHO beri ingatan, COVID-19 belum berakhir
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi ingatan bahawa pandemik COVID-19 masih belum berakhir.

MAF komited tangani peningkatan kes HIV, AIDS - Dr Adeeba
Sebelum ini MAF alami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan banyak pihak yang terlibat membantu memerangi COVID-19.

Tidak pernah dijangkti COVID-19... Ada penjelasan sains atau sekadar bernasib baik?
Apabila dijangkiti, terdapat perbezaan tindak balas imun individu terhadap SARS-CoV-2 yang memainkan peranan dalam menentukan tahap gejala.

COVID-19: Tiada respons dari Korea Utara terhadap tawaran vaksin AS
Korea Utara menolak tawaran vaksin daripada Covax serta dari Korea Selatan, malah dilaporkan turut menolak beberapa tawaran bantuan lain.