DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat 23 April 2021.
Tujuh menteri akan bertukar portfolio dalam rombakan Kabinet Singapura, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Jumaat.
Bot bawa 130 migran terbalik di perairan Libya, 10 mayat ditemukan
2. Sekurang-kurangnya 10 anak kapal mati manakala 120 lagi dikhuatiri hilang selepas sebuah bot getah terbalik di pesisir pantai Libya, semalam.
Tindakan mahkamah Indonesia menjatuhi hukuman mati terhadap beberapa banduan melalui aplikasi video menerima kritikan hebat, khususnya daripada pendukung hak asasi manusia.
Perdana Menteri Perancis, Jean Castex mendedahkan gelombang ketiga penularan COVID-19 di negara itu akan berakhir susulan penurunan kes harian.
Jumlah kes positif COVID-19 di India pada Khamis memecah rekod harian global dengan 314,835 kes baharu.
Sekurang-kurangnya 13 pesakit COVID-19 terkorban dalam kebakaran di sebuah hospital di barat India awal pagi Jumaat.
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) minta rakyatnya mendoakan supaya operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal selam KRI Nanggala 402 berjalan lancar.
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 144 juta berikutan pertambahan lebih 800,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Amerika Syarikat dan beberapa negara lain pada Khamis meningkatkan sasaran pengurangan gas hijau masing-masing.
Sempena Hari Bumi, seorang artis dari China mengenakan gaun yang diperbuat daripada blon berwarna merah bagi menarik perhatian umum.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami