ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Mei 2021.

1. Jumlah jangkitan COVID-19 di India kini cecah 26,289,290, lebih 250,000 kes baharu

Jumlah jangkitan COVID-19 India meningkat kepada 26,289,290 dengan 257,299 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, kata Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga pada Sabtu.

2. COVID-19: Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura masih ditutup sehingga keadaan terkawal

Lapangan Terbang Changi, Singapura akan kekal ditutup kepada orang ramai dalam memastikan kadar penularan jangkitan COVID-19 kembali terkawal.

3. COVID-19: Kluster Lapangan Terbang Changi dengan 100 kes baharu cetus kebimbangan Singapura

Kemunculan kluster Lapangan Terbang Antarabangsa Changi mencetuskan kebimbangan kepada negara Singapura berikutan 100 jangkitan baharu direkodkan sejak tiga minggu lalu.

4. Pelajar ditahan tikam guru di bahagian leher

Polis Rusia membuka kertas siasatan selepas menahan seorang pelajar berusia 17 tahun yang bertindak menikam seorang guru matapelajaran fizik.

5. Wanita cuba tanggalkan tahi lalat pada pipi guna gerudi elektrik

Demi kecantikan, seorang wanita sanggup menggunakan gerudi elektrik bagi menanggalkan tahi lalat di bahagian pipi.

6. Gempa kuat landa China, sekurang-kurangnya tiga terkorban

Sekurang-kurangnya tiga maut susulan gempa kuat berukuran 6.4 magnitud yang melanda wilayah Yunnan pada lewat Jumaat.

7. Pemimpin junta dedah mahu kerajaan awam memimpin Myanmar

Pemimpin junta tentera, Jeneral Min Aung Hlaing dedahkan hasrat mahu kerajaan awam memimpin negara itu. Peralihan ini menurut beliau disasarkan akan dicapai dalam tempoh setahun.

8. Pesawat terhempas, ketua angkatan tentera Nigeria antara 11 maut

Sebuah pesawat milik angkatan tentera Nigeria terhempas ketika melakukan pendaratan cemas awal pagi tadi.

9. Doktor 'tersilap' potong kaki warga emas, klinik minta maaf

Seorang warga emas di Austria terpaksa menanggung derita apabila doktor melakukan kesilapan ketika pembedahan akibat penyakit yang dialaminya.

10. Rakyat AS ditawar akaun premium aplikasi cari jodoh jika daftar vaksin COVID-19

White House mengambil pendekatan baharu bagi meningkatkan program vaksinasi di negara itu. Ia termasuk menggunakan aplikasi cari jodoh dengan meletakkan lencana lengkap divaksin menerusi aplikasi masing-masing.