ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Julai 2021.
1. COVID-19 di Indonesia: Angka tertinggi dengan lebih 34,000 kes baharu, 1,040 meninggal dunia
Indonesia mencatatkan kes jangkitan baharu COVID-19 tertinggi hari ini sepanjang tempoh pandemik melanda republik itu apabila sebanyak 34,379 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam.
2. Kes COVID-19 di Indonesia boleh cecah 40,000 sehari
Kes jangkitan COVID-19 di Indonesia dikhuatiri boleh mencecah 40,000 kes sehari, menurut Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Pandjaitan pada Selasa.
3. COVID-19: Jumlah tempahan keranda di Jakarta meningkat tiga kali ganda
Jumlah keranda yang ditempah di Jakarta, Indonesia, meningkat tiga kali ganda sehari akibat lonjakan kes COVID-19.
4. Thailand kaji suntikan vaksin booster
Kementerian Kesihatan Awam Thailand sedang melakukan kajian mengenai suntikan vaksin COVID-19 'booster' (penggalak) untuk kumpulan yang telah divaksin tetapi terdedah kepada risiko, khususnya petugas barisan hadapan, berikutan kebimbangan penularan varian Delta.
5. Lapan lagi mayat ditemukan, korban runtuhan kondominium Florida kini 36 orang
Pasukan mencari dan menyelamat pada Selasa berjaya menemukan lapan lagi mayat mangsa runtuhan menara kondominium Champlain Towers South di Florida.
6. Hak Asasi PBB desak masyarakat dunia tekan Myanmar
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa masyarakat dunia terus memberi tekanan kepada junta Myanmar untuk menghentikan keganasan dan memulihkan demokrasi di negara itu.
7. COVID-19: UK mansuh kuarantin untuk individu kontak rapat
Mulai 16 Ogos, individu di United Kingdom yang telah divaksinasi sepenuhnya serta kanak-kanak, tidak perlu lagi menjalani kuarantin sekiranya menjadi kontak rapat kepada individu positif COVID-19.
8. COVID-19: Actemra dan Kevzara kurangkan risiko kematian - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa menyarankan penggunaan ubat Actemra keluaran Roche dan Kevzara keluaran Sanofi untuk mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19.
9. Mary Simon, individu Orang Asli pertama jadi Gabenor Kanada
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menamakan Mary Simon sebagai gabenor negara yang baharu.
10. Misi mencari 24 mangsa banjir lumpur Jepun diteruskan selepas tiga hari
Polis, bomba dan tentera meneruskan operasi menyelamat dan mencari 24 mangsa bermula jam 6 pagi di kawasan yang dibanjiri lumpur dan batu akibat tanah runtuh di Atami, Jepun.
Astro Awani
Wed Jul 07 2021
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini. - Foto Astro AWANI
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.