ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 16 Julai 2021.

1. Lapan maut, 51 lagi anak kapal hilang di Kalimantan Barat

Lapan anak kapal disahkan maut manakala 51 lagi masih hilang selepas 14 buah kapal karam ekoran cuaca buruk di perairan Kalimantan Barat sejak Selasa lalu.

2. India catat 38,949 kes baharu COVID-19, 542 kematian dalam tempoh 24 jam

Jumlah kes COVID-19 di India mencecah 31,026,829 pada Jumaat selepas 38,949 lagi kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menurut data terkini Kementerian Kesihatan Persekutuan negara itu.

3. Angela Merkel kunjungi White House menjelang persaraan

Merkel yang turut bertemu Presiden Amerika Syarikat Joe Biden membincangkan mengenai isu rusia dan pandangan kedua-dua negara terhadap China sebagai negara yang kini sedang meluaskan kuasa global.

4. Menara Eiffel kembali dibuka selepas 9 bulan ditutup

Penutupan menara itu sebelum ini adalah paling lama sejak Perang Dunia Kedua. Bagaimanapun jumlah pengunjung dihadkan kepada 13,000 sehari, iaitu separuh daripada kapasiti sebelum ini demi memastikan penjarakan fizikal dapat dilakukan.

5. Mahkamah EU putuskan majikan boleh pecat pekerja berhijab

Mahkamah berpendapat ia selari dengan peraturan umum syarikat yang melarang penggunaan simbol agama secara jelas di tempat kerja.

6. COVID-19 | Angka korban global melebihi 4.06 juta kes

Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 4.06 juta. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 608 ribu kes.

7.  Pakar bedah AS gesa perangi dakyah palsu tentang vaksin COVID-19

Vivek Murthy turut menggesa syarikat teknologi, pekerja penjagaan kesihatan, wartawan dan rakyat AS melakukan lebih baik dalam mengatasi ancaman terhadap kesihatan awam.

8. 58 maut, puluhan lagi hilang dalam bencana banjir di Jerman

Daerah Ahrweiler adalah kawasan paling teruk terjejas. Di bandar Schuld, enam rumah runtuh dan kira-kira 40 peratus bangunan kediaman lain rosak

9. Juara La Liga berminat tandatangani Jesse Lingard

Pemain berusia 28 tahun itu dilaporkan kembali menjalani latihan pra-musim di Old Trafford.

10. BTS dan Coldplay berkolaborasi?

Dakwaan itu muncul susulan lirik sebuah lagu baharu nyanyian Coldplay bertajuk My Universe dikatakan telah 'bocor' di laman web MatchLyric.