ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu 21 Julai 2021.
1. Vaksin COVID-19 | Peru peroleh lagi 10 juta vaksin Sputnik V
Kerajaan Peru umum pembelian sejumlah 20 juta dos vaksin Sputnik V dari Rusia. Menurut Presidennya, Francisco Sagasti, jumlah itu adalah pertambahan daripada 10 juta dos yang dipersetujui sebelum ini.
2. Penyerang gereja, masjid di California mengaku bersalah
John Earnest mengaku menggunakan senapang separa automatik dan membunuh seorang wanita Lori Gilbert-Kaye, 60, dan mencederakan tiga lain.
3. Kebakaran musnahkan lebih 60 khemah pelarian Rohingya di Bangladesh
Lebih 60 khemah sementara pelarian Rohingya di sebuah kem di daerah Cox's Bazar di selatan Bangladesh musnah dalam satu kebakaran pada Selasa.
4. Pemain Everton ditahan atas dakwaan salah laku seks terhadap kanak-kanak
Seorang pemain bola sepak Everton ditangkap kerana disyaki melakukan salah laku seks terhadap kanak-kanak namun dibebaskan dengan jaminan polis. Pemain itu ditahan di rumahnya Jumaat lalu.
5. COVID-19 | Korea Selatan terus lapor peningkatan kes
Korea Selatan melaporkan pertambahan 1,784 kes positif COVID-19 dengan majoriti kes dilaporkan di Seoul, pada Rabu. Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), jumlah kes dijangka meningkat di kawasan-kawasan lain di sana.
6. COVID-19 | Tunisia berdepan tekanan tangani peningkatan kes
Tunisia berdepan detik sukar dalam menangani krisis pandemik COVID-19 dengan sistem kesihatan awam berada pada tahap tertekan ketika ini. Malah, tekanan yang dihadapi itu memaksa beberapa siri baharu sekatan dikuatkuasakan.
7. COVID-19: Usahawan wanita lebih berinovasi berbanding lelaki, namun lebih terkesan - Kajian
Meskipun COVID-19 tidak mengenal jantina, namun tinjauan yang dilakukan Bank Dunia mendapati, syarikat yang dipimpin wanita lebih teruk terjejas berbanding yang dipimpin lelaki, susulan penularan virus yang 'meranapkan' ekonomi global itu.
8. Olimpik Tokyo | Kes meningkat, temasya dibatal saat akhir?
Tidak mustahil sukan Olimpik Tokyo yang dijadual bermula secara rasmi jumaat ini akan dibatalkan pada saat-saat akhir. Ketua Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Tokyo, Toshiro Muto, berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu jika kes COVID-19 terus meningkat.
9. Banjir besar China terburuk dalam 1,000 tahun
Dalam tempoh hanya tiga hari, Zhengzhou telah merekodkan taburan hujan menyamai kadar untuk hampir setahun.
10. COVID-19 | Bagaimana pula pengurusan kes harian COVID-19?
Beberapa negara sudah merekodkan kejayaan kadar vaksinasi melebihi 50 peratus populasi mereka. Contohnya di United Kingdom, susulan kejayaan capai imuniti kelompok, "kebebasan" mula diberikan dengan kelonggaran semua sekatan.
Astro Awani
Wed Jul 21 2021
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.