DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 10 Ogos 2021.
Pemerintah Indonesia kembali membenarkan kegiatan sosio-ekonomi di luar Pulau Jawa dan Bali yang berstatus Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) level 3.
COVID-19: Indonesia lanjut sekatan pergerakan di beberapa wilayah
2. Indonesia melanjutkan sekatan pergerakan untuk membendung COVID-19 di pulau-pulau Jawa dan Bali sehingga 16 Ogos.
3. Lapangan Terbang Hamad Doha rampas gelaran lapangan terbang terbaik dunia daripada Changi Singapura
Selepas hampir sedekad lamanya Lapangan Terbang Changi Singapura menduduki tangga teratas dalam senarai lapangan terbang terbaik dunia, tempat itu akhirnya dipintas oleh sebuah lagi lapangan terbang di Asia.
Thailand mempercepat pemberian vaksin kepada individu berusia 60 tahun ke atas dalam usaha untuk mengurangkan kadar kematian di negara ini.
Arab Saudi melantik dua wanita memegang jawatan kanan dalam pengurusan pentadbiran dua masjid suci, lapor Agensi Anadolu (AA) pada Isnin, memetik media tempatan.
Sekurang-kurangnya 27 kanak-kanak terbunuh di Afghanistan dalam pertempuran sengit puak Taliban dan anggota keselamatan negara itu baru-baru ini.
Situasi COVID-19 di Iran kini berada pada tahap kritikal.
Kes baharu dan kemasukan ke hospital akibat koronavirus di Amerika Syarikat mencapai tahap tertinggi dalam tempoh enam bulan.
Perancis lancar pas khas COVID-19 untuk semua perjalanan keretapi dan melibatkan 400,000 penumpang sehari.
Lebih 4.44 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami