ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 September 2021.

1. COVID-19: YouTube sekat kandungan berbentuk antivaksin

Youtube akan menyekat semua kandungan bersifat antivaksin COVID-19, termasuk yang melemparkan tuduhan bahawa vaksin menyebabkan kesan kronik kepada penerima, serta maklumat yang tidak benar mengenainya.

2. 30 maut susulan banduan bergaduh di Ecuador

Sekurang-kurangnya 30 maut serta 47 cedera dalam insiden pergaduhan antara banduan di sebuah penjara di Guayaquil, Ecuador, yang tercetus pada Selasa malam.

3. Fumio Kishida hampir pasti jadi PM Jepun baharu

Bekas menteri luar Fumio Kishida hampir pasti menjadi Perdana Menteri Jepun yang baharu menggantikan Yoshihide Suga yang meletak jawatan bulan lepas.

4. COVID-19: 37 peratus pesakit alami simptom 'long COVID' - Kajian

Sekurang-kurangnya satu simptom jangka panjang COVID-19 atau 'long covid' dikesan pada 37 peratus pesakit selepas tiga hingga enam bulan dijangkiti.

5. Vaksin COVID-19: Los Angeles wajibkan bukti vaksinasi lengkap

Majlis Perbandaran Los Angeles akan memutuskan usul peraturan mewajibkan orang ramai membuktikan mereka sudah melengkapkan vaksinasi COVID-19 untuk memasuki lebih banyak premis perniagaan dan venue lain.

6. COVID-19: Kes positif seluruh dunia melepasi 233 juta, korban 4.77 juta

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 233 juta, berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

7. Vaksin COVID-19: Jumlah dos didaftar seluruh dunia melebihi 6.19 bilion

Lebih 6.19 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Khamis.

8. Letusan Gunung Berapi: Kualiti udara stabil di La Palma

Gugusan awan wap dan gas muncul dari Lautan Atlantik di luar La Palma, Sepanyol ketika lava dari Gunung Berapi Cumbre Vieja mengalir masuk ke dalam lautan.

9. Burung belatuk 'ivory-billed' antara 23 spesies diisytihar pupus secara rasmi

Burung belatuk 'ivory-billed' yang kali terakhir dikesan pada 80 tahun lalu adalah salah satu daripada 23 spesis yang secara rasmi akan diisytiharkan pupus di Amerika Syarikat.

10. Seniman Denmark diberi dana untuk hasilkan karya, pulangkan kanvas kosong berjudul 'Ambil Duit dan Lari'

Seorang artis Denmark yang diberikan dana berjumlah 534,000 Kroner (RM486,370) dalam bentuk wang tunai untuk menghasilkan karya seni telah menghilangkan diri selepas memulangkan kanvas kosong dengan tajuk Take the Money and Run (Ambil Wang Dan Lari).