ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 November 2021.
1. COVID-19: Jerman rekod kes harian tertinggi baharu, dengan 39,676 kes
Jerman pada Rabu merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi baharu sejak pandemik bermula tahun lepas mendorong pihak berkuasa mempertimbangkan langkah pencegahan lebih ketat.
2. Jepun: Fumio Kishida dilantik Perdana Menteri ke-101
Dewan Rakyat Jepun memilih Fumio Kishida sebagai Perdana Menteri ke-101 dengan majoriti 297 undi. Di Jepun, seorang perdana menteri dipilih berdasarkan undi majoriti. Setiap parti politik mencadangkan calonnya.
3. Ismail Sabri beri jaminan pelihara kebajikan, lindung rakyat Indonesia di Malaysia
erajaan Malaysia akan terus memastikan kebajikan dan perlindungan rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia tetap dipelihara. Jaminan itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam pertemuan empat mata mereka hari ini.
4. Malaysia-Indonesia setuju laksana koridor perjalanan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebagai permulaan, inisiatif koridor perjalanan ini akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Jakarta melalui jalan udara, kemudian boleh ditambah destinasi-destinasi lain yang telah menunjukkan risiko yang rendah.
5. Ismail Sabri diberi sambutan rasmi oleh Presiden Indonesia Jokowi
Ismail Sabri diberikan sambutan karpet merah dan kawalan kehormat. Beliau disambut oleh Jokowi sebaik tiba di kompleks pejabat eksekutif dan kediaman rasmi presiden.
6. Ismail Sabri adakan pertemuan dengan Jokowi di Istana Bogor hari ini
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia dijadual diberikan sambutan rasmi di Istana di Bogor, kira-kira 60 kilometer (km) dari Jakarta pada tengah hari ini.
7. Rundingan nuklear: Perancis bimbang sikap provokasi Iran
Menteri Luar Perancis Jean-Yves Le Drian pada Selasa mendesak rakan sejawatannya dari Iran, Hossein Amirabdollahian, meneruskan rundingan berhubung isu nuklear, di fasa ia terhenti Jun lalu.
8. Vaksin COVID-19: WHO beri amaran kekurangan 2 bilion picagari menjelang 2022
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kemungkinan terdapat kekurangan satu hingga dua bilion picagari yang diperlukan untuk pemberian vaksin COVID-19 pada 2022.
9. COVID-19: Macron rayu rakyatnya dapatkan suntikan penggalak
Presiden Perancis Emmanuel Macron rayu agar rakyatnya mendapatkan suntikan penggalak bagi mengekang peningkatan semula kes COVID-19 yang kini menimbulkan kebimbangan di seluruh Eropah.
10. Pfizer mohon kebenaran suntikan penggalak kepada 18 tahun ke atas
Pfizer pada Selasa meminta pengawal selia Amerika Syarikat membenarkan suntikan penggalak vaksin COVID-19 bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
Astro Awani
Wed Nov 10 2021

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

DUN Sarawak: Gagal capai persetujuan tuntutan MA63, akan dirujuk kepada penilai bebas
Kegagalan kerajaan negeri dan Persekutuan dalam mencapai persetujuan dalam sebarang semakan yang dituntut Sarawak akan dirujuk kepada penilai bebas.

Jiwa SME | Media sosial bantu Bateqila tembusi pasaran dunia
Pendemik COVID-19 menjadi titik permulaan kepada usahawan muda batik akrilik untuk lebih aktif menggunakan media sosial sebagai platform jualan produk. jika dahulu, kesemua pelanggannya lebih kepada walk in dan setempat. kini, Bateqila mendapat tempahan dari seluruh negara termasuk United Kingdom dan Kanada.

Pembantu kedai makan didenda RM2,500 lakukan khianat buang patung hiasan
Gabriele mengaku mengambil patung hiasan air pancutan yang tersambung dengan hos paip kecil sehingga tercabut dan rosak serta membuangkannya ke dalam tong sampah.
![[TERKINI] WEF 2022 | Tiga fokus utama Malaysia cabaran Global [TERKINI] WEF 2022 | Tiga fokus utama Malaysia cabaran Global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968239/14500335421653283452025_640x360.jpg)
[TERKINI] WEF 2022 | Tiga fokus utama Malaysia cabaran Global
Malaysia meletakkan tiga fokus utama dalam penglibatan pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 seiring mendapani cabaran era pasca pandemik meliputi keterangkuman, ekonomi digital dan kelestarian. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang mengetuai delegasi Malaysia ke Davos berpandangan, forum global itu juga penting untuk pemimpin tempatan bertukar idea dan mempelajari amalan terbaik untuk memulihkan ekonomi negara.

Maraton New York: Seorang maut, 15 lagi dimasukkan ke hospital
Pelari wanita berusia 32 tahun itu rebah sejurus tiba di garisan penamat dan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tempatan.

i-Qids, vitamin tinggi nutrisi bagi perkembangan sel-sel otak si manja
i-Qids diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Alpha Linolenic Acid, multivitamin dan mineral yang mampu menyokong perkembangan minda si manja.

Harga Komoditi naik | Inflasi makanan Malaysia dijangka meningkat
Inflasi makanan Malaysia dijangka kekal dalam aliran meningkat pada bulan-bulan akan datang berikutan kenaikan harga komoditi global, gangguan rantaian bekalan domestik serta penyusutan ringgit. MIDF Amanah Investment Bank Bhd menerusi cabang penyelidikannya, MIDF Research berkata sebagai negara pengimport bersih makanan, Malaysia amat terdedah kepada sebarang kejutan global yang berkaitan dengan rantaian bekalan.

Tiada sesen pun dana Yayasan Akalbudi datang dari kerajaan, pembayar cukai - Zahid Hamidi
Ahmad Zahid berkata, beliau sendiri mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membiayai yayasan tersebut.

Tiga rumah Orang Asli terbakar di pedalaman Gua Musang
Kejadian kebakaran itu tidak melibatkan mangsa dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa direkodkan.

Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Luqman memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa.

Kerajaan lulus peruntukan pembangunan RM132.4 juta kepada JBPM - PM
Kerajaan telah meluluskan peruntukan pembangunan RM132.4 juta kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

Bukan bahasa Malaysia, tapi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ASEAN - PM
Disebabkan salah faham, hasrat Malaysia dikritik segelintir pihak termasuk sahabat-sahabat di negara jiran.

Mendaulatkan Bahasa Melayu tidak kekang kemajuan negara - PM
Perdana Menteri berkata, banyak negara yang telah mencapai status negara maju dengan mendaulatkan bahasa sendiri.

Mesyuarat Kabinet dipercepat, bincang isu kos sara hidup, harga barangan - PM
KPDNHEP dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan juga diminta bentangkan mekanisme bagi mengatasi isu-isu berkenaan.

Semua urusan Kerajaan dengan negara luar perlu guna Bahasa Melayu - PM
Setiap surat yang dihantar kepada para pemimpin dunia juga akan menggunakan bahasa Melayu dengan terjemahan bahasa Inggeris sebagai lampiran.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Sukan SEA Hanoi: Ismail Sabri ucap tahniah, bangga pencapaian atlet Keluarga Malaysia
Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian atlet Keluarga Malaysia.

Ekonomi negara tunjuk pertumbuhan positif selepas Fasa Peralihan ke Endemik - PM
Ekonomi Malaysia menunjukkan pertumbuhan positif sejak negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik, sekali gus memberi kelegaan kepada semua sektor termasuk pelancongan.

UMNO belum buat keputusan berhubung Muafakat Nasional - Ismail Sabri
Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini tiada sebarang mesyuarat berhubung perkara itu dilakukan.

RUU Pendanaan Politik: Kaji dulu mekanisme terbaik, jangan ada 'flip-flop' - Hamzah
Kajian itu perlu bagi memastikan RUU tersebut boleh diguna pakai untuk tempoh yang lama.